Friday, 14 June 2013

Hidup bukanlah soal kawen semata-mata..


Assalamualaikum

Dulu kan, aku jarang minat atau syok kat laki melayu ( I mean celebrity la). Taste aku memula mexico, then omputih lepas tu aku beralih arah suka kat laki korea pulak. 

Namun, entah dimana silapnya, aku boleh pulak TERminat si Izzue Islam yang tengah meletop dengan drama Sebenarnya Aku Isteri Dia tu. Suka gila aku kat dia ni. First time aku minat laki melayu. =P * Ayat bongkak abes ini perempuan * Orang lain lak sibuk dok ngutuk aku sebab aku minat kat laki orang tapi apa ada hal. Best apa perasaan meminati lelaki kachak ni. Rasa dunia ni sungguh comel! Dulu aku kalo bosan-bosan, aku akan google pasal dia.Hahahaha. Lepas dah tau satu fakta menarik pasal dia, nanti aku gembira. Cis,sungguh takda life!




Tapi,sebagaimana yang korang tahu, dia dah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan dia sendiri which is BUKAN aku. Bukan,okeh? (T_T) Walaupun ada suara2 sumbang yang mengutuk pilhan hati dia,tua la,apa la, tapi bagi aku, aku respect si Izzue ni. Even dia tengah meletopp kaw2 sekarang,tapi dia still tak berubah hati. =)


Ok mimi. Lepas ni jangan dok terkinja-kinja dah kat dak Izzue ni. Dah jadi laki orang. Takmau aku kena cop bukan-bukan.** Maksudnya,aku kena set target baru nih ** ngeee..

Tengok Izzue kawen, kak Long aku kawen and tak lama lagi kak Ngah aku pun nak kawen, aku pulak yang rasa nak kawen tetiba. Ahhh paling tak pon 5 taon lagi baru aku dapat kawen. Lameeenyewww nyampahhhh. Hehe. Sudah2,belajaq dulu mimi. Jangan dok galak sangat nak menikah. =P



Tanggal 8 Jun 2013, Kak Ngah aku selamat ditunangkan dengan buah hati pengarang jantung dia selama ni. *Erk perlu ke ayat macam tu? * Nampaknya makin maju kakak2 aku ni. Dalam setahun,sorang kawen sorang tunang. Kemaen. Huhu.


Sekali tengok, dah macam pakai baju yang sama plak..Haha..
Aku ingat lagi,beberapa bulan sebelum Kak Ngah ni tunang, sempat la dia hantar sms kat aku mintak izin. Ingatkan nak mintak izin nak tunang dari aku, rupanya mintak izin nak guna kaler pink sebagai tema hantaran. I was like HAH ??? Kenapa perlu PINK ?? Dulu bukan main lagi kutuk bila aku obsess dengan pink, ale2 sekarang mintak izin bagai. Tak boleh blah. Macam kaler tu aku sorang je boleh guna kan? Haha. Guna la Ngah ooi, mimi lambat lagi. :)






Ye. Saya sayang keluarga saya kuwat-kuwat! :)


Apepun,wish me luck for my final..Ada lagi 3 paper. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Rabbi yassir wala tuassir rabbi tammim bi khair.. :) 

6 comments:

Shoutul Humaira' said...

Chaiyok2 mimie..kawin nanti jgn lupa jemput

Azielah Rahim said...

Hihi,dulu kita pun same gak tak minat laki melayu tapi bila tgk izzue islam
terus cair :)

Salmah Solehah said...

=D

mimie perla ~ said...

SHOUTUL : insyaAllah.. :)

AZIELAH : kann? sama la..haha..tp skang xdah..laki owg.. =P

SALMAH : ye salmah solehah.. =D

Aqilah 기기 said...

Eh eh dulu duluuu bukan suka Aiman Hakim tu ke? keke :P

mimie perla ~ said...

QIELA : Aiman tu suka main2 je,izzue ni serius2..Haha

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥