Sunday 24 February 2013

I wish I could be strong..


Assalamualaikum...

Sometimes tears can express feelings EASIER than words..

Just because a girl says I'M OKAY with a SMILE on her face it doesn't mean everything is alright..


Mak, mimi nak balik.. =(

Friday 15 February 2013

Trip Omey Angat.. =P

Assalamualaikum 

Ok. Entry kali ni berbaur keduniaan. Eh, macam semua je entry aku sebelum ni berbaur keduniaan. Heeee. Well, this entry contains a lot of pictures n it may take some time to be uploaded. =P Tapi, nak buat macam mana, a picture tells a thousand words. So instead of writing thousands of words, I can just simply upload few pictures that already worth merely millions of words. Kan?


Gambar2 kat bawah ni diambil masa aku hang out dengan kengkawan f6 aku beberapa hari yang lepas. Lama tak jumpa, semua dah matang2 dah sekarang. Errr,matang la sangatttt kannn? Huhu. So, we spent about a day strolling here and there around Penang. There were so many people on that day, sebab cuti raya Cina mungkin. So, it was quite busy and serabut.







Dah nasib badan dapat jenis kengkawan yang suka posing jugak, so bab gambar tak payah risau la kot. 1 tempat je dah beratus2 keping dah hamek. Last2 bukan penat berjalan, penat bergambar je. 






Membajet comel adalah kehebatan kami..Huuuu.. =P

Padang Kota Lama
Ok. Bila sampai bab makan, ni memang agak bengang jugak la. Mula2 ingat nak makan je dekat kedai apa ntah. Lupa pulak nama dia sebab tengah lapaqqq sangat time tu. Tapi gara2 orang yang terlalu ramai masa kami sampai, jadi kami semua tidak dipedulikan. Ermmm, baru aku tahu betapa pedih rasanya bila diri tak dilayan. Akhirnya,kami semua tak jadi makan dekat situ dan masing2 keluar dengan muka yang sangat sadis. 

Tapi,padan muka! Gambar kedai tu aku tak hamek pun walaupun decorations kedai boleh tahan cantik dan makanan pun macam best. Itulah padahnya mempermainkan perasaan orang lapaq yang baru balik dari Bukit Bendera. Huhu.

Tapi, serius cakap. Dari dulu sampai sekarang, kalau dengan kengkawan aku, memang aku selalu kena buli. Deret nama aku je naik. (T_T)

# Sapa kat sini bersiap paling lama?
MIMIE !

# Sapa kat sini tak reti masak?
MIMIE!

# Sapa kat sini yang kuat makan?
MIMIE!

# Sapa antara kita semua yang akan kawen dulu?
MIMIEEEEEEE !!!

Aaarghhhhhh… Kenapa perlu mimie?? Apa dosa saya terhadap kalian?


Ye, memang aku dilahirkan dengan muka yang amat innocent, sampai ada orang kata muka aku ni macam muka manusia yang selalu ditindas. Tak sudah dengan itu, diorang siap bahan aku lagi kata aku ada muka yang kesian. Bila tengok muka aku je, rasa macam nak sedekah je sebab kesian sangat (-_-)

Fine people fine ! No wonderla masa sekolah dulu, bila bukak gerai je,mesti aku kena jadi cashier. Nanti,bila orang tengok muka aku, terus rasa kesian, pastu konpom mai beli punya kat gerai tu. Hahaha. =P

Tapi, tak kesah la camne sekalipun. Yang pasti, aku bersyukur diberi peluang untuk kenal mereka semua. Kadang-kadang, ALLAH hadirkan insan2 yang BAIK di sekeliling kita mungkin kerana mereka wasilah buat diri kita untuk terus tetap dalam kebaikan.. Ada satu hadis riwayat al-Hakim yang berbunyi begini :
  
' Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang TERBAIK terhadap temannya '


So, terima kasih kawan. Hampa semua memang BEST! (^_^) Love u to the top la bebeh. Huhu.

Wednesday 13 February 2013

Kerana dirimu begitu berharga.. =)



Assalamualaikum.

Lama tak buat entry kan lagi2 sejak dah balik Penang ni. Haa, disebabkan sekarang ni tengah cuti sem, rasa macam malas sangat nak belajar. So, dah alang-alang buang masa tu biarlah buang masa habis-habisan ye tak. Hehe. Pandai kan hang,mimie. Masa suruh belaja habis-habisan taknak pulak kan (-___-)  

Ok entry kali ni aku nak cakap pasal PEREMPUAN & KECANTIKAN.  Sebabnya aku tau dah, la ni pompuan suma dok obses nak kuruih la, nak cantik la sampaikan member offer nak belanja lunch kat cafeteria pun hampa bukan main lagi dok berdrama kata dah kenyang la, dah makan la padahal nak dietkan??  Tuptup tengah malam satgi cari gak biskut kering. Elehh.. Ni sume taktik lama la. Aku tau laaa..sebab aku pun buat. Haha.. =P

 * RUMAH *

# Mak, apa dalam Tupperware merah dalam peti ais ni?

# Oo, tu agar2 milo. Makan la. Mak baru buat semalam, ada kolagen dalam tu. Sedap.

# Erkk. Agar2 pun ada kolagen?? (0_o)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

# Ngah, losyen sapa kat atas meja ni? Pink lak tu, cantik gilaaaa.


#  Tu losyen Fellina Ngah. Dia lagi berkesan dari Losyen Mustajab Pati Halia tu. Haaa, jangan dok pakai pulak. Mahai tu.

#  Errrrr.. Sapa nak pakai? Tanya ja. Mimi dah kurus la.. (-_-)






So, nampak tak kat sini yang perempuan sangat menitikberatkan pasal benda ni. So, semakin aku dewasa ni *eceh*, aku cuba untuk tahan nafsu dari benda-benda macam ni. I mean, aku cuba kawal diri daripada terpengaruh dengan orang lain.

Yup, orang perempuan ni memang sangat cepat terpengaruh. . Bila tengok orang pakai mekap, kita pon nak jugak walaupun kita tau in the end kita akan pakai sekali dua je mekap tu sebab segan. Bila tengok orang pakai shawl Hana Tajima, kita pon nak jugak jadi Hana Tajima walaupun muka kita tak sesuai pakai shawl tu. Bila tengok orang shopping online,kita pun kalut nak shopping online jugak. Konon2 nak ikut trend. Betul kan? Yeah,  I know well coz I'm a woman too.

Takdala cantek sgt pun pakai tudung camni..huhu
Tapi, walaupun sekarang orang pakai shawl fancy2, aku tetap setia dengan tudung bawal. =)  Mula-mula rasa semacam gak bila aku sorang je yang pakai tudung bawal ni, yang lain semua pakat pakai tudung Syria, shawl Hana Tajima bagai. But then I get used to it. Just confident dengan diri sendiri. Doesn't mean kalau kita tak ikot fashion sekarang kita tak ohsem kan? Tengok aku sudah. Aku adalah contoh manusia ohsem. Hahaha..


Tapi aku tak kisah pon kalau ada orang nak kata, alah bukan lawa sangat pon mimie tu. Mak dia lagiiii lawaaaaaa..Well,mak aku memang lawaaa pun. Problems??



Well, I am just grateful to be who I am. Cantik ke tak tu anugerah Allah kan. Sapelah kita ni nak judge/bising2 kalau orang tu cantik atau tak .

So the best way is, kurangkan stalk page selebriti2. Diorang kan artis/model, dan dah bidang dia camtu, of course la diorang kena pakai latest fashion. Yang kita orang biasa-biasa ni tak payah lah kot nak berusaha sangat nak jadi macam tu. Just keep things moderate. Kadang-kadang simple tu lagi cantik.
Apapun, berfashionlah ikut kemampuan lagi2 sebagai seorang student . Tak salah kalau sekali sekala nak bershopping, nak pakai cantik-cantik, tapi jangan keterlaluan. Peringatan ini untuk diri sendiri juga. 

Ingat, dalam hidup ni kite kena korbankan banyak benda untuk capai sesuatu. Kalau nak ilmu, tak sempat punya nak pakai cantik-cantik pi kelas. Nak cantik sentiasa, takda masa nak kejar ilmu pulak. Nak pandai kena study lebih, tapi eyebag kopom setimbun. Taknak eyebag setimbun kena tidur banyak, tapi tak pandai. Nampak tak permainan di situ?? Well, itulah kehidupan =) 








Peduli kata orang, yang penting kita tau keutamaan kita apa. Marilah girlfriends kita belajar untuk terima diri sendiri dengan seadanya! (^_^)

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥