Friday, 28 June 2013

Mitos kicap dan soya

Assalamualaikum.

Orang melayu kita sememangnya kaya dengan pantang larang dan adat resam. Benda ni asalnya dari pengalaman sendiri je tapi kemudian disampaikan dari mulut ke mulut dan akhirnya diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Korang semua pun mesti pernah dengar kan pantang larang macam..


--> Jangan menyanyi dalam bilik air, nanti dapat suami tua.
--> Jangan main dekat luar rumah masa maghrib, nanti kena sorok dengan hantu
--> Masa meniarap jangan angkat kaki, nanti emak mati
--> Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk rumah
--> Jangan makan beralih2 tempat makan, nanti kahwin ramai
--> Jangan tunjuk pelangi dengan tangan, nanti jadi kudung

Ok.Terus terang cakap, time sekolah rendah dulu aku memang pecaya bulat2 semua benda2 ni lagi2 yang jangan sharp pensel sampai jadi pendek dari jari kelingking tu, takut nanti mak mati cepat.

Ini paling ‘rare’ aku pernah dengar.Tapi, sayang mak punya pasal, asal pensel tu dah nampak macam pendek cket je,terus takmau guna dah.Beli baru.Bila dah besar panjang camni baru la terpikir apa la kena mengena pendeknya pensel tu dengan panjang pendeknya umur mak kita.Lalu, aku buat 1 kesimpulan mudah.Mungkin kalau guna pensel kontot tu, payah nak menulis.Dah tu, suruh mak beli yang baru.Lalu mak pun berkata, "Mati la mak macam ni asyik nak beli pensel kamu je..." Maybe la.Haha..

Kebiasaannya, orang tua2 akan mengimplementasikan pantang larang ni kepada anak2 dan cucu2 mereka.Tujuannya adalah untuk mengajar tatasusila, cara hidup atau mungkin sekadar nak takut2kan diorang je.Tapi aku rasa lebih kepada nak takut2kan je kot. Huuu. Aku ingatkan masa sekolah rendah je ada orang yang nak percaya semua benda2 ni,ale2 masuk u pun sama. -_-'

# Awak, amekkan kicap tu jap.

# Ehh..Kak mimi makan kicap?? Jangan kak.Nanti akak jadi hitam.Pastu kan,kalau akak makan kicap time pregnant,nanti anak akak pun jadi hitam. 


# GULP! (O_o) Err,ok2.Takpela.. Macam ni.Biar akak makan kicap,nanti suami akak makan soya.So nanti, anak kami tak hitam tak putih. Standard. *hentuk2 kepala kat dinding *

Erm,serius pulak dak tu explain kat aku,takda riak2 begurau langsung. Dah jauh benar awak sesat ni. Kembalilah ke pangkal jalan wahai adekku.. 


Tapi serius,aku pelik betul la bila orang cakap macam tu. Asal makan kicap je hitam. Aku rasa la kan mak Adira dulu pun makan kicap jugak kot,dapat anak putih melepak2 je. Kalau dah makan kicap anak jadi hitam, pastu makan sos anak jadi merah la ek? HAHAHA..Mula la ni aku nak merepek..

Dulu kecik2 pun aku bukanlah tergolong dalam mereka2 yang berkulit cerah. Yela, dok ulang alik jalan kaki gi sekolah,mau tak gelap. Takda kena mengena dengan kicap ek ~~


Yup,kat atas semua ni semua orang yang sama. *tenyeh2 mata* Well,ni la yang dipanggil lain dulu,lain sekarang.Huhu.Dalam banyak2 gambar,yang paling gojes konpom2 la yang no 4. Haha. Adoila mimi. Dengan spek harry potternye,rambut tarik ke belakang,memang hang la pengawas paling hot dulu. Haha. Kenapa la tak pernah ada orang yang suruh aku berubah time tu? -_-' Ok,abaikan. Yang dari no 7 sampai 9 tu pulak zaman kegemilangan aku dulu..Keja nak makannnn je. Agak tembam kan? 

Tapi,tu zaman muda2 dulu. Sekarang aku dah makin matang. =P Dah takda da spek harry potter sume tu.Huhu..




So,kesimpulannya tak kesah la kita ni hitam sebab kicap ke or putih sebab soya ke, yang penting kita bersyukur dengan apa yang ada dan belajarlah untuk mencintai diri sendiri. Say ALHAMDULILAH instead of complaining. :)





7 comments:

Busyra Bt Takiyudin said...

comel.. :)

Aqilah 기기 said...

Makin besar makin putih makin kuruih.

mimie perla ~ said...

BUSYRA : besa2 je dear.. =)

QIELA : makin kuruih tu mgkin ye,tp muakin putih tu macam tak je.Lighting cantik kot..huhu

Mizz ErMa said...

lepas2 nih, misti spek tu diganti dengan lens pulak kan? hihihi tang yg ank hitam pulak, penah jgk dgr org ckp taem pregnant jgn minum kopi..hahaha

mimie perla ~ said...

MIZZ ERMA : haha..macam tawu2 je.. =P tingin jgak nak pkai lens sbb dari skola rndah pkai spek,boring..hee.. =P a'ah,btol2..penah dgr jgak..so,ksimpulannya minum soya jela kak..haha

Muzakkir Mohd Nor said...

nak kena makan beralih tempat lepas nih!

mimie perla ~ said...

MUZAKKIR : haha..punnn bolehh..

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥