Thursday 11 September 2014

Review Chriszen Moist Cake yang ohsem.

Assalamualaikum

Dalam handbeg aku memang ada banyak giler barang. Sampai sakit-sakit bahu iolls tahu. Orang perempuan biasalah, segala tok nenek nak dibawaknya. Let say hang mintak bedak kat aku. Soalan yang aku akan ajukan seterusnya adalah..Nak compact powder ka bedak botol? Nak yang siap ada foundation sekali ka yang biasa ja? Tu belum mintak tissue, lipstick, losyen lagi tu. Semua ada baq ang,sampaikan orang2 yang kenal aku,memang tau aku ni koperasi. Macam mana boleh tak berat beg?

Lepas tu phone pon aku pegi campak sekali dalam beg. Aku pakai 2 phone,so bila salah satu bunyi, terkial kial le mencari handphone. Daripada awal handphone tu menjerit-jerit sampai le habis ringtone, tak dapat angkat. Sebab apa? Sebab tak jumpa cari phone 
dalam beg yang dipenuhi dengan harta karun. I iz sad. :(
So,untuk menyelesaikan masalah yang berat ini, aku telah buat keputusan yang besaq dalam hidup aku. *ayat haruslah over.mihmih* Fyi guys,aku dah tak pakai dah foundation lain,pastu tak pasal nak pakai bedak pulak kan. Tak nyempat lah. Time cuti sem boleh la buang masa macam tu. huhu.

Sekarang ni, Iolls pakai Chriszen Moist Cake je. Tak perlu dah nak berbedak semua sebab pakai chriszen moist cake ni pun dah tutop semua benda yg hampa nak tutop. Kenapa perlu nak tebal2 kan? Kamon. 



Masa mula2 nak guna apa2 produk sekalipun,kosmetik mahupun skincare product, research merupakan antara elemen yang sangat penting ye adek2. Jangan main tempek ja semua benda kat muka,kelak diri sendiri yang merana. Wuuu.

Sebab apa kakmimie cakap Chriszen moist cake ni best?? Sebab,fungsinya yang pelbagai,so takdak lah rugi kan kalau beli pun. Takpayah dah nak beli concealer,bedak2 sume. Tak perlu ye.


Chriszen Moist Cake ni :

-mengandungi L-Glutathione yang berfungsi mencerahkan kulit.
-mengandungi Collagen yang berfungsi untuk membantu pudarkan jerawat atau jeragat.
-mengandungi Pelindung UV yang berfungsi melindungi kulit daripada UVA dan UVB.
-mengandungi Pelembap yang berfungsi melembapkan kulit wajah.
-membantu menyembunyikan lubang atau parut jerawat muka.
-mengurangkan keminyakan muka.
-mengandungi NBR sponge yang paling popular di Korea, fleksibel dan lembut, senang dipakai di muka.

Chriszen Moist Cake 2 in 1 Foundation ada 3 jenis. 
No. 1 Merah Jambu Cerah
No. 2 Merah Jambu
No. 3 Kuning Langsat



Apa color sesuai I pakai?

kulit cerah, pakai no.1
kulit sederhana, pakai no.2
kulit gelap/kuning langsat, pakai no.3


Lupa pulak nak cakap. Bila korang beli Chriszen Moist Cake ni,korang akan dapat free Ampoule. Tak pernah dengaq lettew kan kan? =P Worry no more girlfriends. Meh nak terangkan.


Chriszen Ampoule ni boleh digunakan untuk mencerahkan kulit wajah, melembapkan kulit wajah, melicinkan kulit wajah dan boleh tahankan "make up" sepanjang hari. So,tak perlulah risau "make up" korang cepat hilang. :p

Cara-cara penggunaan Chriszen Ampoule :

 1. Dua titik ampoule untuk seluruh muka, pat pat pat muka supaya Chriszen Ampoule diserapkan ke dalam muka korang.
2. Tunggu sebentar (1 minit), korang akan dapat rasa bahawa ampoule sudah diserapkan ke dalam muka.
 3. Muka korang sudah jadi lembap+cerah kan,so korang dah boleh pakai "make up" atau "skin care" seperti biasa. :)

Haaaa,aku dah boleh jadi jurucakap produk dah lepas ni. Haha. So,macam biasalah,bila diri sendiri dah guna n puas hati,rasa bahagia ini perlu dikongsi dengan kaum kerabat yang lain. Hampa jangan nak melawa sorang2 pulak ek. So,apa lagi,macam biasalah. Mak,kak ngah n syeyuu ni pun bersemangat kot nak guna,konon2 boleh setanding Neelofa la lepas ni. Kahkah

Percubaan pertama,kitorang pakai mende ni masa gi meronda kat Penang Street Art. Over sekali bukan? Tapi serius,tempat tu memang cantik. Tapi,dari satu mural nak ke mural yang lain,boleh tahan jauh jugak la. But don't worry,boleh sewa basikal or moto. =)


Ni lah Syeyuu . Nama nak glemer saja. -_-'
Aizat. 


Bakal pengantin yang bahagia dapat berChriszen di tengah panas. haha

Best tau pakai chriszen ni,rasa ringan je. Pastu baru la boleh feeling2 pari2 gitu hikhik
Mak pun berchriszen. Mampu??

Perangai bertukar menjadi mengada pula setelah memakai chriszen moist cake ini. Mungkin juga kesan sampingan? hikhik. Anyway,korang jangan la expect bila pakai ni muka korang TAKKAN berminyak langsung. Tipu la. Lagi2 yang jenis oily face tu. Memang akan berminyak jugak bila dah masuk waktu tengahari or petang tu *kalau pakai dari pagi la* tapi serius cakap, muka aku dah tak berminyak teruk compare kalau pakai foundation lain.

Aku buat review ni pun sebab aku tahu orang lebih prefer nak baca review dari orang yang pernah pakai compare dengan review yang rata2nya copy paste dari blog2 orang lain. Dan akhirnya,10 blog yang korang bukak pun,korang memang akan jumpa benda yang sama. kan kan? I tahu la. kihkih. 

So,kalau korang nak tanya pape pasal any product,boleh roger iolls terus ek kat page ni. 

Mimie's Business Corner -->Tekan sini

Alhamdulilah,sekarang makin bertambah produk yg Iolls jual. Terima kasih yang tak terhingga buat famili terchenta, kengkawan yang selalu support dan customer2 yang sabar menunggu iolls reply msg. *kalau ada kelas,lambat la cket* =P

Terima kasih daun keladi,nanti repeat order lagii. Erk,macam tak bape nak kena,tapi KESAH? hahaha.

Kbye.

Hanya di Penang~ =)


#PenangStreetArtBestGileeeee     #PakatMaiSini

Wednesday 2 July 2014

Review Nour Ain Skin Care yang sangat best!

Assalamualaikum.

Kita manusia ni selalu lupa. Selalu lalai. Kena selalu diingatkan. Termasuklah aku. Ecewah, permulaan ayat saja sudah begitu serius. Ini bukan blogserius ye, ini cumalah ruangan mencurahkan isi hati. Well orang kata, menulis blog itu adalah sejenis medium untuk mengekspresi diri. Bagi aku, separuh betul-separuh salah. Bagi yang bertanya bagaimana dengan final exam baru2 ni, terima kasih sebab ambil berat pasal study aku. Sweet angat! Huhu.Alhamdulillah, setakat ini boleh lagi la cuma paper fiqh munakahat susah gila kot. Dah la dalam bahasa Arab. Kalau la paper tu dijadikan syarat untuk lulus kursus kawen.perghh,memang tak kawen aku la rasanya. -_-‘


Dari dulu lagi aku dok rancang yang aku akan update entry tentang produk2  yang aku guna dan jual. Tapi sampai lani habuk pon takdak. Memandangkan aku tengah cuti sem ni, ada baiknya share kat sini,ye dok? Bukan apa, aku selalu rasa yang aku akan ingat segala apa yang aku nak update nanti, namun indah khabar dari rupa. Apa pon tak boleh. Masa aku nak tulis entry ni pon aku dok mengagau memikirkan apa benda yang sebenarnya aku nak tulis...apa nama produk2 yang aku nak share. Ish ish.


Sebelum tu harus diingatkan ye, tujuan entry ni dibuat bukanlah untuk feeling2 retis,konon2 nak buat review produk2 yang mahal2,tak ek. TAK SAMA SEKALI. I olls bukannya neelofa mahupun emma maembong yang orang nak amek tawu tempek apa kat muka, cuci muka bape kali sehari, ubat gigi jenama apa. Well,niat aku cuma nak share pape yang aku tawu especially untuk orang2 perempuan demi kemaslahatan kita bersama. Giteww.

Start dari Kak Long sampai la Aizat, kami semua boleh dikatakan mempunyai masalah kulit muka berminyak dan berjerawat. Dah macam2 produk dah guna, tapi takda perubahan sangat pun. Jadi lagi teruk ada la. Tapi,yang paling kritikal masa sekolah menengah la. Fuhhh. Lepas satu,satu jerawat yang tumpang berteduh kat muka ni. Kalau orang selalu cakap ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,yang ni lain. Tak payah tunggu lepas hujan pun dia tumbuh. Masa tu,rasa tak konfiden jugak la nak berhadapan dengan masyarakat. Huhu.


Omeyy ngat aihh. T_T


Aku ni nak kata rajin sangat nak jaga muka,tak la jugak. Takde pon sampai melawat ke spa untuk buat facial bagai. Cuma,seminggu sekali atau dua kali, pakai la jugak scrubs,mask semua tu. Konon-konon macam intensive treatment lah kan. Sebab sedar diri ini masih student, so kena la ukur baju kat badan sendiri. Tak payahlah dok ikot-ikot mak datins nak kerap2 pergi facial bagai. Mak datins laki they olls datuk. I olls?* krik krik~~


Shiseido Mask ~ Thanks la syeyu ye jadi model.
Sebelum ni dah macam2 produk aku try. Dari sabun Betik, Fair n Lovely, R&Z cosmetic, Fellisa Cosmetic, Bedak Rawatan Reena’s Cosmetic, Loreal Paris, Tia Amelia sampai la ke Sendayu Tinggi. Seriyes, SEMUA ni aku pernah guna.













Errr, banyak jugak rupanya. Dah macam dok main tukaq2 baju pulak. Huhu. Tapi,bukan saja2 dok tukaq2 produk ni, dah tak sesuai dengan kulit muka. So,terpaksa la. Beli mahal2 pastu bila rasa macam tak serasi dengan kulit,aku sedekahkan jela kat orang. Buang kang,lagi membazir. Kadang2 bukannya tak buat research dulu sebelum beli,tapi entahla. Tengok orang lain guna,ok ja. Mungkin kulit ni ngengade sangat kot. Beli produk murah takmau. Beli yang mahal cket pun tak jalan. Melampau nau. >_<

Namun, NOUR AIN telah mengubah segalanya. Dia telah berjaya mengembalikan semangat aku untuk meneruskan kehidupan ini. **Mood gediks**



Alhamdulilah,akhirnya baru la aku jumpa produk yang betul2 sesuai. So far guna, memang best sebab takde menggelupas2 semua, muka pun dah tak berminyak sangat compare dengan dulu. Dulu,minyak kat muka ni siap boleh goreng nugget,okay? 

Nour Ain Beauty Care adalah produk barangan kosmetik dan penjagaan kulit keluaran ELSUHAZ (M) Sdn. Bhd yang mana dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Pejabat depa kat Sungai Petani ja. 
Nour Ain Beauty Care


ELSUHAZ (M) SDN BHD.(co.no. 938136-U)

No: 58,59&60 (Plot 16,17&18), Bangunan Pejabat Nour Ain,

Jalan Seri Jenaris 1,

Taman Seri Jenaris,

Tikam Batu, 08000

Sungai Petani,Kedah D.A.

 *Gigih kan aku siap bagi alamat. HAHA



Harga pun not bad, tak mahal sangat n tak murah sangat. Mampu milik la especially untuk student.






Bila aku dah rasa yakin dengan Nour Ain ni, apa lagi beriya-iya tau aku berdrama ajak kaum kerabat semua guna jugak, berhempas pulas la jugak nak yakinkan mula2 tu, nasib baik tak putus hubungan kekeluargaan.

Well,dah nama pun mimieperla, haruslaaa teror dalam pujuk memujuk ni. Akhirnya, Mak, kak Ngah, Syerah n even adik laki aku sorang tu pun guna,okayy? Ni kalau company Nour Ain ni tak pilih aku jadi duta depa pasni,memang la. -_-'

Alhamdulilah. Bila family semua dah guna, semua bagi feed back yang positif, baru aku berani jadi pengedar dan promote kat page sendiri. Yela,sebelum jual,ada eloknya kita sendiri try dulu. Baru yakin cket nak promote.










Okay, sebelum tidoq, KALAU RAJIN, aku akan tempek Tabloq kat muka. Tapi,tu kalau rajin la. Kadang2 letih sangat sampaikan tertido depan lappy,tak sedaq apa dah. Tabloq ni adik beradik bedak sejuk jugak,cumanya nama dia tu Tabloq. Dibuat dari tanah liat putih. Syok gila weyh, sejuk je bila pakai. Very soothing. Please try ok. =) Boleh dijadikan sebagai scrub jugak sebenarnya.



Okay,dah2. Kalau aku teruskan jugak,macam2 lagi aku citer. Huhu. Okay guys,maap kalau terover ke,hape ke. Sekadar berkongsi. 





Feel free to visit my fb page, Mimie's Business Corner :

Sebarang pertanyaan,consultation,urusan jual beli boleh dilakukan melalui Fb page tu ek. See ya. :)

Wednesday 12 February 2014

Keep Calm and Study Hard



Assalamualaikum.

Alaaaaa. Cuti sem tinggal berapa hari je lagi. Nak cuti lagiiiii.. "Hurm,kalau bab cuti,kemaen nak lama2,biaq xyah sambung belajaq camtu".. -_-'

Pernah dengar tak orang cakap perempuan ni pendirian dia sangat tak tetap. Tak stabil. Ibarat macam jetski yang dilambung ombak ketika air pasang. Hari ni dia kata lain, the next day dia kata lain. Walaupun dia kata lain-lain tapi we expect you guys boleh TERIMA bulat-bulat. Kalau tak boleh terima,kitorang akan marah. Haha! Cool kan? Tak dengar cakap pun nak marah. Hee.. Itulah specialnya orang perempuan, we are allowed to marah-marah like crazy once in a month without being scolded back. (Thanks for the uncontrollable scientific-proven hormone!) =p




Tapi kan,kalau korang tanya kat dodua orang adek aku tuh,dalam ramai2 kakak yang depa ada,yang mana palinggg garang/tegas? KONPEM2 la depa akan jawab kak mie! *aku lettew* =P Kalau tak,takdenya kak Ngah gigih nak kol aku yang ada kat Nilai semata2 nak suruh aizat stop tengok tv kat rumah tu n pi study. Nampak tak penangan seorang yang bernama kak mie? HAHA. Tapi tapi,aku tegas bertempat la.. :) 


Baru form 2,tapi tinggi melampau2. 


Lepas tu, orang perempuan ni cepat sangat terpengaruh. Seriously,sangat2 cepat. Contoh paling senang adalah fashion. Ok contoh sekarang adalah musim tudung FAREEDA. Maka pakat2 la semua nak pi beli tudung bini Fizo tuh. Lepas tu Fareeda dah tenggelam cket, keluar pulak WIDE SHAWL. Ah,tak boleh jadi! Kena cari jugak wide shawl ni. Maka masing2 pon beriyalah bersengkang mata mencari online shop yang ada jual wide shawl tuh. -_-’ And the list goes on. Disebabkan orang perempuan suka pakai baju or tudung ikut fashion, kadang-kadang ada certain tu dia pernah pakai sekali dua jer. Yelah musim dah habis, takkan nak pakai lagi kot. Nanti orang kata ''You're so outdated bhai~' .” Tetiba je ada bhai kat belakang. Tepengaruh dengaq budak2 laki cakap lettew. HAHA


Kalau nak wide shawl,order kat kite tau. =P
These are the commonest examples that I could think of. I know well cuz i'm a woman too. Aku pon tak lepas juga dari penangan 9 nafsu ni. Siryes penat emosi & jasmani sebab tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Tapi, semakin aku dewasa ni (eceh!), aku cuba untuk tahan nafsu dari benda-benda macam ni. I mean, aku cuba kawal diri daripada terpengaruh dengan orang lain dan akhirnya aku berjaya! Last2,aku selesa dengan tudung bawal jugak. Mudah, cepat dan efisyen. Ngeee. 


Sebelum aku telupa, thanks guys for all the wishes and the gifts. Genap 22. Alhamdulilah. Teharuuu iolls bila tepat kul 12 tengah malam aritu, call, msg, wassap masuk dengan begitu banyak sekali. Dan aku pon nak berterima kasih dekat korang yang sudi wish kat wall fb tu. Ouch,titew sangat teharuuuu okayy. =D

Dan yang palinggg aku hepi,bila ada orang tu sanggup pos hadiah dari Gombak. Gigih sekali beliau. Huhu. Thanks Qiela sayang. =)


You know what, I feel so blessed sebab dikurniakan family yang sangat mengambil berat, kengkawan yang sangat ohsem,  dan dipertemukan dengan orang sekeliling yang baik-baik. Alhamdulilah.

membajet comel adalah kehebatan kami~

kak Ngah aku ni kalau boleh masuk dalam kamera tu,dia dah masuk dah ni.  -_-'
Perangai bertukar menjadi mengada pula setelah lama kami tidak berjumpa. Kekeke.

Kenny Rogers @ Gurney Plaza.

Maaflah gambar saya begitu besar dan banyak sekali. Janganlah marah, inikan blog saya. Kalau awak mahu juga, awak uploadlah gambar awak besar2 dan banyak2 dalam blog awak. Kalau mahu dijadikan wallpaper juga boleh. Heeee. =P 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apapun,dah makin dewasa ni,marilah sama2 kita berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik. Eventhough I'm not the right person to give advice to people tapi tak salah kan? Sejak masuk usim 2 tahun lepas,aku dah mula belajar pakai stokin. Mula2 tersasau la jugak,tapi lama2 okay je. Sebenarnya bila pakai stokin, kaki rasa lagi selesa dan tak berpeluh. Jom try sesama nak? Try slow-slow. Bawak gi kelas dulu, nanti dah ok, try pakai masa pergi jenjalan pulak. Okay? :D Selamat beramal!



Ok,jumpa kat Nilai nanti. USIM,mu tunggu aku datang~

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥