Monday 24 December 2012

Learn from MISTAKES :)


Assalamualaikum.

I've been gone for quite so long. Huhu. Jap, kang kalau aku cakap aku busy, korang cakap aku POYO lak kang. Tapi,serius. Ni buktinya. 

Sebaldi baju aku tak sempat basuh. Ngeee.. =P
Yela, my everyday timetable pulak is packed with classes dari 8 pagi sampai 10 malam , tu belum kira kalau ada kelas ganti lagi. Waaaarrgghhh.. But what to expect, student. 

Tapi, saat entry ini ditulis, aku dah ada kat penang dah pun. Lari jap balik rumah even 2 hari je. Tak tahan weh, homesick kottt. Sekarang ni cuti study week and final exam pulak start 2 haribulan ni. Serius dah tak lama. Tapi sempat lagi hang melagho ngan blog ni mimi..ish3.. * Ala2, jap ek..5 minit je..huuu..*


Erm. Bila imbas balik sem 1 sepanjang aku kat Usim ni, rasa cepat je masa berlalu. Besyuko jugak sebenarnya. Yela, sekurang2 nya 5 tahun aku kat Usim ni takda la rasa lama sangat nanti..hehe. Tapi, serius. Banyak sangat memori2 indah + pahit sepanjang sem ni. (^_^) 

Kelas debat yg sangat ohsem!
Yela, aku ingat lagi macam mana mula2 dulu aku nak sesuaikan diri kat sini . Macam mana aku tunggang langgang nak bahagikan masa antara assignment dengan debat. Macam mana dari tak pernah2 berlakon, tetiba aku boleh sahut cabaran join pertandingan lakonan sempena minggu FSU hari tu. Macam mana maluuuuuuunya aku TERbawak moto masuk asrama laki dan banyak lagi lah. Kang lagi banyak aku cerita, aku sendiri gak yang malu nanti. Huhu.

Ok. Dipendekkan cerita, hari tu aku sempat gi Melaka jap ngan classmates aku. 2 hari 1 malam. Bukan semata2 nk melancong,ok? Tapi gara2 kena siapkan assignment arab, so sampai la jugak kitorang kat sana.  

River Cruise ^^
Teringin nak naik beca, tp takut berat sangat je.. -_- 
besama farahin latip. huhu
Errr.. suka sangat main candid2 nih.. (>_<)
Kalau bab diajak pose, dia takkan pernah menolak. Kan Biha? =P
Masa untuk ber'tomyam'.. (^_^)
Thanxx guys! Korang memang best.. :)
Setel tentang Melaka. Kalau ditanya pengalaman paling best pulak sepanjang sem ni, konpom la aku jawab pengalaman join debat Naib Canselor. Seriously best! Banyak benda baru yang aku belajar. Antaranya, debat kat universiti ni beza sikit dengan debat zaman sekolah dulu dan yg paling penting ayat tak boleh bunga2,hokeh??  Aku ingat lagi macam mana abang2 senior debat gelakkn aku sampai pecah perut gara2 bahasa aku yg terlalu puitis lagi bombastik first time aku kena debat depan diorang. Merah muka dibuatnya tapi rasa nak tumbuk sorang2 laju2 pun ada gak. Tapi,aku masih waras. Chill mimie chill. Huhu. 


Tapi, aku belajar dari kesilapan. Sejak hari tu, aku banyakkan tengok debat2 kat youtube, buat research sana sini, call legend2 debat dan finally, aku berjaya build self confidence nk join debat kat sini. Even team aku kalah sebelum final, tapi kami semua besyuko sebab masing2 dah buat yang terbaik dan tawu reason kenapa kami kalah pusingan tu. Tak salah aku, usul hari tu " RUSUHAN JALANAN CERMINAN KEMATANGAN DEMOKRASI RAKYAT " dan kitorang jadi pembangkang. Kami kalah dengan perbezaan 4 markah. Sedih gilerrrrrr kot tapi takpa. Takda rezeki. :) 

FSU A .. (^_^)
Ketaq lutut sebenarnya time ni tapi tak mampu nak menolak bila org pegang kamera.. =P
(n_n)
Mabrook .. :)
dan momen yang paling indah mestilah time nama aku termasuk dalam top 3 senarai pendebat terbaik. Alhamdulilah. :)


Apa2 pun, perjalanan aku masih panjang, baik dalam study mahupun debat. Dan semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen. Wish me luck for my final ek. :) see u guys!
 

Friday 16 November 2012

ALLAH knows best..!


Assalamualaikum.

Alhamdulilah,aku baru je habis mid sem exam. Errr,boleh jawab ke tak? InsyaAllah, dah buat yang terbaik,so tawakkal je sekarang. Okeh? :)

For sure, I hardly online nowadays. Bukan sebab aku tak dapat internet connection, but because I refrain myself from doing it. Korang tengok ek, bila bukak internet berapa lama time yang korang consume? Of course 1 to 2 hours kan. Itu pon dah kira baik coz certain people they do their revision in front of their lappy with facebook logged in. Revisionnn la sangat kan? *Ok fineee, aku cakap kat diri sendiri..hehe.. =P *


Lupakan. Hurm,minggu ni aku agak busy. Eh,tak tak. Sangat busy. (-_-') Berkejar ke sana sini nak siapkan assignment yang ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. And what I want to tell you is, being a law student is not as simple as you might think.

Yeah. I can't stop thinking ~

Tapi, yang bestnya pasal minggu ni bila aku bekesempatan singgah kat masjid Shah Alam malam Maal hijrah baru2 ni dengan kengkawan. Baca doa akhir tahun, doa awal tahun sama2, sembahyang jemaah ramai2. Alhamdulilah, syukur sangat2 bila dapat kawan2 yang sentiasa ingatkan aku perkara2 yang kadang2 aku sendiri terlepas pandang. Tapi,cikgu aku dulu pernah cakap, salah satu cara Allah tunjuk yang Dia sayangkan kita adalah dengan kurniakan kita kawan2 yang baik. Alhamdulilah. Sayang korang la!





Sebenarnya aku boleh sampai kat sana pun sebab nak temankan adek Biha aku tu. Dia ada program kat sana malam tu. Jadi, sementara aku tunggu dia lepas Isyak tu, aku sempat la dapat anak2 angkat baru. Huhu. Yela, kalau dah nama pun “mimie”, so memang pantang sikit tengok budak2 ni dan dalam masa beberapa minit je, kitorang dah boleh kamcing. (^_^)
Ehem.. Ada ciri2 ibu penyayang tak? =P
Waaah, saya teruja bila mereka teruja! (^^,)
Abg Long, Abg Ngah,Abg Cik..Nanti kita main lagi yek.. :)
Berbalik pada topik maal hijrah, aku yakin semua orang mesti ada azam masing2 kan? Tak kisah la even guna azam yang sama tiap2 tahun sekalipun. Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita yang bercita-cita nak berubah jadi seseorang lebih baik suatu hari nanti. Well, aku pun sama. I'm not perfect either. But I'm trying to be one. 

Orang pernah tanya aku, kenapa aku tak pernah tulis pasal personal life aku dalam blog ni. Nak tergelak pulak aku dengar. Well sygs, personal is personal. Aku pun segan nak merepek repek dalam blog ni pasal personal life aku. Takda apa pun yang menarik.

Cukup la korang tawu, aku bahagia dengan hidup aku, ada famili yg supportive,ada kengkawan yang gojes dan ye, aku lebih selesa takda ikatan dengan sapa2 buat masa sekarang sampai la satu masa yang akan diberitahu nanti. Ececeh..bunyi cam hang ni hottt sangat je mimi..HAHA. Eh jap2. Apesal bunyi cam orang baru lepas frust je ni..?? (O_o) Haaa,sudah. Jangan jaga tepi tudung orang~

Tapi tak kesah la apa sekalipun,just bear in mind that Allah knows what's best for us. Kadang2 ada orang meraung2 bila terpaksa berpisah dengan seseorang yang dia sayang, tapi sebenarnya Allah nak kuatkan kembali hati kita. Kita tak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita berhubungan tanpa ikatan yang halal. Waalahualam. 


** Err,tak berani nak cakap lebih2 coz aku sure lepas ni aku akan dihujani dengan beribu2 soalan. Huhu. Ok guys,enjoy your holidays dan moga dipermudahkan segala urusan. (n_n)



✿✿ Ya ALLAH.. jika Kau tidak memberikan seseorang yang aku IMPIKAN, cukuplah Kau menghadirkan SESEORANG yang MENGIMPIKAN aku. Ameen.  ✿✿

Wednesday 31 October 2012

Sayang mereka kuwat2 ~ :)


Assalamualaikum.

Bahagia betul dapat duduk dekat rumah sendiri. Betul lah orang putih kata home sweet home. Even cuti seminggu je, tapi kalau dimanfaatkan betul2, rasa macam cuti sebulan kot. Selain daripada membahagiakan, rumah ini juga dipenuhi dengan makanan2 yang susah dan tak mampu aku nak dapat kat usim tuh. Cuba bayangkan mana tak bahagianya aku? Bangun pagi makan makanan lain, tengahari lain, petang lain, malam lain dan tengah malam pun lain.. Fuhhh.. heaven habis hidup. Syukur alhamdulilah. Terima kasih mak , abah! =D




Ok. Disebabkan rasa cinta,kasih dan rindu yang terlalu mendalam terhadap budak2, jadi cuti seminggu ni aku curi masa jap melawat kakak2 dan anak2 kesayangan kat tempat aku mengajar dulu. Walaupun, hanya sempat spend 2 hari je kat sana,tapi sumpah.. Layanan yang aku dapat sangat tidak mengecewakan dan di luar jangkaan. 

Aku bajet bila dah lebih kurang dua bulan tak mengajar, budak2 tu dah tak nak layan aku la. Sekali, lain pulak jadinya. Terasa hottt pulak bila masing2 teruja dengan kehadiran aku. HAHA. * Blah la hang, mimi ! =P * 


Tapi kan, serius. Tak terlayan aku dengan budak2 tu.Masing-masing sibuk nak stori mori. Manjanya sorang2 masyaAllah, menyebabkan aku terasa sangat keibuan. **Wink wink** (^_^)

Sepanjang dua hari tu jugak, aku dilayan macam puteri raja. Tak sempat aku nak cakap aku mengidam nak makan apa, tup2 da tersedia kat meja makan. Suke suke! Terima kasih Kak Ila, Kak Ina, Kak Tiha dan Kak Dila. Kalian sangat suwit,ok? Mimi teharuuuuuuu sangattttt2! Terima kasih yang tak terhingga jugak untuk jam ni. May Allah bless you guys.. 

 
Seronok seronok jugak, tapi bila da sampai part syahdu, time aku nak balik rumah tu, fuhh.. Habis hilang kemachoan ni kot bila budak2 tu tengok aku nangis. Waaaa,malu! Tapi, diorang yang buat aku jadi macam ni sebenarnya.

ZULFA. Ye, budak 4 tahun ni memang orang panggil anak aku sejak dari aku mengajar dulu sampai la sekarang. 



Mungkin disebabkan dah dekat 2 bulan dia tak jumpa aku, jadi sekali dah jumpa ni, dia ikut je aku pi mana pun. Pantang aku duduk bersila kat lantai, laju je dia datang duduk atas riba. Manja sangat dan part yang berjaya membuatkan hati perempuan aku ni tersentuh, bila dia datang peluk aku lama2 petang hari last aku kat situ, usap pipi aku, lepas tu dia cakap..

                          “ Ustazah mimi jangan la balikkk..”

Terus dia kiss aku dan peluk aku sekali lagi. Ya Allah. Bergenang mata ni. Tak sangka betapa budak2  pun jauh lebih hebat dalam menghargai seseorang.  Dan yang pastinya, dia iringi kepulangan aku petang tu dengan tangisan sekaligus membuatkan aku turut menangis.  

                          “ Ustazah akan datang lagi tengok awak, sayang..”


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ok. Kat bawah ni aku selitkan beberapa gambar yang sempat aku amek hari tu.

Razif. Kecik2 jangan disangka tak buas. Huhu
Kakak adek yang bahagia.
(^_^)
(^_^)
Say cheseeeeeee.. =D
Kenangan tercipta..

Apapun Ahad ni aku kena balik semula ke USIM. Semangat baru, focus baru, spirit baru, bersama  makanan yang sangat banyak. Hehe. Aku nak pulun study betul2 lepas ni. I know I can, I believe I can and I’m going to find what I want in life, no matter what. And no regrets.

Lets Do It, Mimi!  Ganbatte!

Ayuh contohi Rasulullah S.A.W yang sangat cintakan kanak2.. (^_~)


Saturday 6 October 2012

Mak, mimi dah sihat ! (^_^)


Assalamualaikum .

Semua bajet comel lettew ~ (n_n)
We can only be young once..but we can always be IMMATURE..

Haa tengok.  Betapa pulunnya aku lepas assalamualaikum terus letak gambar. Tak sempat2 nak tulis mukadimah lak tu.hehe..

Ye..saya bahagia disini..! (^_^) Alhamdulilah. 

Ok. Akhirnya,dah genap sebulan aku kat Nilai ni. Yeah, cam tak caya plak. Minggu2 awal kat sini,rasa macam nak lari je balik rumah. Tekanan kot.

Yela, dulu waktu aku sekolah kat Irshad, tiap2 minggu aku balik. Manja lagi mengada2. Sekarang ni bila dah dok jauh , cuti sem baru boleh balik, baru la aku dapat merasai perasaan eksaited pulang ke Penang tu. Ia merupakan perasaan yang amat indah sekali. (^_^) *wink wink*

Berbalik pada tajuk entry ni. Sebenarnya aku baru je lepas baik dari sakit yang aku tak pernah2 kena sebelum ni. LELAH. Konfius sebenarnya. Sejak bila hang ada lelah pulak ni mimi oii? (-_-) Tah la. Tapi ada 1 hari tu aku puasa tapi aku tak sure sahur ke tak. Dok sini bukannya macam kat rumah. Mak tolong masak , hidangkan, kita cuma bangun makan je. Haha. =P Kat sini kalau malas, memang tiada makanan bagimu, mimie . 



Ok2. Nak dijadikan cerita, hari tu kelas aku full dari pagi sampai malam.  Sejak kat dewan kuliah petang tu lagi kepala aku dah bedenyut2. Tapi aku biar je sebab aku ingat jadi macam tu sebab aku lapaq sangat . Masa bukak puasa tu pulak aku cuma minum air kosong jela sebab ingat habis kelas malam nanti baru nak makan berat2. Tapi apakan daya. Ku harapkan panas hingga ke malam, rupanya mendung di waktu Maghrib. Huuuu. Lepas je solat maghrib , aku terus muntah, muntah dan muntah. Kepala pulak dah makin berat, badan makin lemah. Ya Allah, kenapa pulak ni.. 


Di saat dan ketika itulah, Jannah muncul. Sifat keibuan dia jelas terpancar bila soalan demi soalan terus diajukan tanpa henti. *ayat skema jap*

“ Mie..awat ni? Mie makan tak? Ok tak ni? Jom la balik kolej. Tak payah masuk kelas malam ni, nanti kami bagitau kat ustaz. Mie tak sihat ni, muka pun dah pucat. Jom la balik mie. Kami hantaq. “

 Haaa, hamek kau. Takda ruang tuk aku mencelah. Haha. Disebabkan aku memang betul2 dah tak larat dah, jadi aku pun buat keputusan nak balik bilik ja malam tu. Nanti pandai2 la aku explain kat ustaz.  

Ingatkan bila dah balik bilik tu, ok la. Ale2 jadi makin teruk pulak bila tiba2 tangan + kaki aku cramp jap, lepas tu sesak nafas. Lepas tu aku dah tak ingat sangat dah apa yang jadi. Sedar2 ja, aku dah dipakaikan oxygen dalam bilik doktor dan Jannah setia menunggu kat luar. Macam2 la doktor bebel kat aku malam tu. Kalah bilamimiebebel kot. Huhu.

Tapi, part yang paling aku tersentuh bila esok harinya fon aku sentiasa ada panggilan masuk dari pagi sampai malam dari orang yang sama, bertanyakan soalan yang sama.

Pagi : Mimi, da sarapan belum? Makan tau, nanti perut masuk angin.

Tengahari : Mimi, makan apa tengahari ni? Nak makan pape tak, kami belikan.

Malam : Mie, nak pergi mana2 tak? Jum keluar makan.

Waaaa. Serius, aku terasa dilayan macam puteri pulak.Ngeee.. (^_~) Jannah, thanxx for everything. Takkan lupa sampai mati. May Allah bless u, dear.. 


" A true friend doesn't come and go. They STAY, LISTEN and they are there for u during UPS and DOWNS.. " (^_^)  

Jakun dengan webcam.
I heart u, Nabihah Aqilah ~ =)
Dan kepada ibunda dan ayahanda tercinta yang nun jauh di Penang, jangan risau mak, abah. Mimi tak skip makan dah lepas ni. Makanan pun dah penuh locker. Haha. Mimi borong banyak2 hari tu. =D

Yeah. Saya suka makan! (^_^)


 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥