Monday 2 February 2015

Kita hanya ikhtiar.. :) ** Review Cream Corrector Oil (CCO) & Tomato Clear Skin Soap (TCS) **


Assalamualaikum.


19 Januari yang lepas, da genap 23 tahun. Alhamdulilah,masih dipanjangkan umo. Yep adik adik, akak mimie kau dah 23 tahun okayy. Dengar 23 tahun macam tua je kan? Well, age is just a number.Kamonn. :P

Tapi kan,1 benda yang aku perasan. Lately,aku jadi makin jiwang pulak. Tengok citer tamil boleh nanges,baca blog boleh sebak. Adodoiii. Parah. Kalau bab berangan,takyah cakap la kan. Aku pernah sampai satu tahap berangan bestnye lahai bukak2 pintu rumah,ada orang buat delivery bunga ke, teddy bear beso gedabak tu ke, chocolate banyak2 ke,heaven weh heaven.Haha. Arghhhh,ni semua sebab pengaruh drama2 melayu sampai aku jadi camni! >_< Abaikan. 



Semakin aku dewasa ni (eceh!), aku cuba untuk tahan nafsu dari macam-macam benda. I mean, aku cuba kawal diri daripada terpengaruh dengan orang lain. Walaupun orang pakai shawl lilit sana,lilit sini, aku tetap dengan bawal murahanku. Kadang2 je aku terlebih rajin nak pakai shawl bagai.huhu.. Yeah, mula-mula rasa macam segan giler aku sorang je yang masih dengan bawal ni, semua orang pakai shawl ala2 hana tajima,instant shawl like sangat cantik kottttttt. But then I get used to it. Just confident dengan diri sendiri. Doesn't mean kalau kita tak ikot fashion sekarang kita tak ohsem kan? Aku adalah contoh manusia ohsem..kahkah. (Tampaq mau?)




Macam makeup pulak, dulu aku pon sibuk jugak nak pakai makeup bila gather dengan kawan-kawan, konon-konon taknak rasa macam being left out la kan. Semua orang pakai makeup takkan hang sorang je datang dengan muka plain? Nanti nampak macam you are not belong to that group. (That's what I used to think before). So,korang paham kan kenapa perempuan kalau bersiap agak lama? Nak makeup lagi,tu tak cerita lagi part lilit shawl bagai. Girls are sooo complicated huh.

Tapi kan, aku tak kesah sangat bab2 makeup sebab aku nak ada kulit yang sihat dulu. Korang tau kan zaman sekolah dulu,betapa galaknya jerawat2 menumpang kat muka ni. Jenuh jugak la nak hilangkan parut sume tu. Tak konfiden iolls. Rasa bila orang cakap dengan kita,mata dia mesti fokus kat jerawat2 aku tuh. Sedangkan tak pun. Perasan! Haha




So,ni one of the reasons kenapa aku boleh terjebak dengan bisnes jual produk2 kecantikan,supplement kesihatan ni sebab aku sendiri pernah ada dalam situasi agak rendah diri bila muka ada parut jerawat semua. Serious talk. And reason satu lagi,mesti la sebab impian aku dari kecik2 dulu nak cantik umoq 25 nanti. HAHAHA. Okay2,jangan layan. Buat macam tak baca pape. Cita2 masa budak2 dulu. huhu

Nak dijadikan cerita, baru2 ni,my one and only adik perempuan,Syerah or nama gegehnye Syeyu *euww*,muka dia tiba2 je diserang whitehead n blackhead. Lepastu,naik pulak jerawat2 nanah yang merah2 tu penuh muka lagi2 kat pipi. Allahuakbar. Masa tu,boleh dikatakan setiap hari dia call aku tanya nak buat macam mana. Masa tu,hang takyah la ajak dia pi mana,serius dia takmau ikut. Kengkawan dia pulak asyik dok tanya,buat2 tekejut beruk dengan perubahan mendadak muka dia,betambah tekanan la dak tu. Jerawat bernanah okay. Kalau setakat kecik2 tu boleh diterima lagi la. Hurm. Aku sampai buntu la,takut nak cadangkan dia apa2 ubat or produk sebab secara tiba2 n takut kalau tersalah bagi,muka dia jadi lagi teruk. Nanti,iolls jugak yang dipersalahkan. T_T



So,mak bawak dia pi jumpa doctor semua sebab nak tau jugak punca kenapa tiba2 ja jadi camtu. Rupa2 nya,masalah hormone tak stabil n alergik. Jadi,aku suruh dia stop semua produk2 yang dia tengah pakai sekarang and bagi dia try aku punya CCO, which is Cream corrector oil. Nampak tak pengorbanan sorang kakak untuk adik sampai sanggup bagi barang2 dia sendiri? Hurmm not bad, boleh tahan suwit jugak aku ni rupanya. kahkah

Alhamdulilah sangat2 bila syeyuu kol iolls dengan suara yg begitu hepi 2 hari lepas tu bile cakap CCO yang dia pakai tu sangat2 best. Jerawat2 sume cepat je kecut. Tapi,parut still ada la. Tu slow2 la kan. =)

CCO ni ekstrak badam n koko. Tekstur dia berminyak,so that pakai waktu malam je sebelum tidoq. Sapu dekat jerawat or parut2 tu or nak sapu 1 muka pun boleh. Takda hal lah. Yang bestnya CCO ni,dia boleh guna bukan untuk jerawat je,tapi tuk eyebag bawah mata or mulut2 pecah semua tu. InsyaAllah.

Yang kanan tu packaging baru

Kegunaan CCO --> Eye / Lips / Face

1. Eye
    - bagi mengurangkan eyebag
    - kulit kering disekitar mata
    - kedutan peringkat awal
    - melembab
    - kulit kusam kesan penuaan

2. Lips
    - dijadikan lipgloss tanpa warna
    - sesuai untuk bibir sensitif
    - dijadikan sebagai base sebelum apply lipstick
    - penggunaan jangka panjang bole cerahkan bibir gelap kesan penggunaan lipstick yang 
      mempunyai bahan kimia
    - bole merawat bibir yang kering dan mengelupas. Sel kulit mati akan tertanggal sendiri
    - melembabkan kulit sekitar bibir dan dagu
    - bibir kembali tegang

3. Face
    - jeragat
    - kecutkan jerawat
    - pudarkan parut
    - kecilkan pori2
    - bole digunakan seluruh muka terutamanya tepi hidung
    - warna gelap di tepi hidung akan cerah n moist
    - tanggalkan sel kulit mati dengan sendiri
    - sesuai untuk parut baru n memperbaiki struktur kulit

CCO ini produk yang dikilangkan dari Homelab, sebuah kilang bertaraf GMP dan mendapat penganugerahan ISO. Produk dijamin halal, suci dan selamat.

Kalau nak lagi bestttt, dicadangkan pakai sekali dengan Tomato soap dia. Potong kecik2 & memang jimat. Syeyu pun tengah try sabun ni dan alhamdulilah,parut dia makin pudar. Tak hilang sepenuhnya lagi sebab masih dalam proses penyembuhan. =) Kita hanya ikhtiar, Allah juga yang menyembuhkan. Ingat tau.

Syeyuu + Aizat

Ni tomato clear skin yang syeyu tengah guna sekarang.

TOMATO CLEAR SKIN
 Mengawal minyak pada kulit
 Membuang whiteheads and blackheads
✿ Mengurangkan saiz liang-liang roma pada wajah
✿ Mengandungi Beta-kerotin : 
Melindungi kulit dari kerosakkan disebabkan cahaya matahari
✿ Mengandungi Lycopene : Melindungi kulit dan mengurangkan sensitiviti pada kulit. 
✿ Mengandungi Vitamin A, C, E and K - Melindungi kulit dari naik jerawat juga merawat kesan-kesan jerawat.
✿ Menjadikan kulit lebih sihat dan glowing (berseri-seri)


So,bila kulit muka dah sihat,baru la best nak pikiaq pasal benda2 yang nak ditempek kat muka tu.  Kalau guna makeup beratus2 hengget pun, bedak 10 inci, tutup semua lubang2 jerawat2 tu, tapi hakikatnya muka masih bermasalah,tak guna jugak dek. 

Eh,jap..Aku tak dibayar okay untuk entry ni. Sekadar nak berkongsi dengan kalian semua. Sharing is caring kann. Eceh!

Ye ye,nak habis dah. Sikit je lagiii. Kasi can la..Huuu. Kalau ada di antara korang yang baru nak try2 bab2 makeup semua ni, iolls sangat2 galakkan korang try la produk2 Mistine. Serius,lagi best dari Maybelline,lagi letups dari Silky girl sume. Harga not bad,mampu milik insyaAllah. Buat apa nak bazir beli produk mahal2 kalau mampu dapat yang terbaik dalam harga yg berpatutan? Ye dak? I syak, 5 tahun lagi,i boleh jadi jurucakap produk ni. Melampau2 sangat promotenya nih..HAHAHA. Ehhh,tapi ni serius okay. Aku takkan promote benda yang aku sendiri tak pakai or guna. :)


Vanity Compact Powder
BB cream yang bila pakai rasa ringan je muka tu..wuuu
Mascara
InsyaAllah,kalau ada rezeki, aku berkira2 nak masukkan CCO, tomato soap & produk2 Mistine ni dalam Mimie’s Business Corner ( TEKAN SINI )dalam masa terdekat. So that,kalau korang berminat,roger2 je. InsyaAllah.. Doa2 kan ek.

Syeyuu yang dah mula konfiden nak ikut orang keluaq. Haha

Credit to Huda yang introduce benda2 ni kat aku dulu. So,dah tau kan kenapa dia boleh cantek 24 jam? haha..*Hey awakk,nanti bukak sem belanjaa. Bukan puji free2 okay* 


Credit to Kak wan Mistine jugak. Best sangat berurusan dengan dia. =D
 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥