Friday 31 May 2013

Rempah ratus kehidupan

Assalamualaikum.

Yeyyyyyyyyy! Akhirnya,berakhir jugak 2 minggu yang cukup menyesakkan,meletihkan dan menakutkan. Alhamdulilah. (^_^) Well, life has been extremely busy nowadays. Assigments,discussions, meetings,debate commitments and few more events which were all cramped in a busy week. Rasa letih,mengantuk,bebai,tension semua ada.


And I just came back from a debate tournament namely Debat Astar held in Universiti 
Malaya or UM last 2 week. 5 hari 4 malam aku kat sana,seriously best! Untuk debat astar 
ni,semua budak tahun 1 yang dihantar jadi wakil usim. Nak suruh berdikari katanya. Heee. 

Alhamdulilah. team aku berjaya menang 3 sidang setelah puas kami berhempas pulas tunggang langgang memerah otak. Even tak berjaya nak break,it’s okay sebab ni pengalaman pertama kitorang gerak team without senior . Walawehh.. =P Penat tu haruss la, tapi rasa berbaloi bila usaha kitorang dapat respon2 positif dari para juri dan senior2 u lain.. *wink wink* (^^,) 




Bersama2 debaters UTHM ~
Korang mesti pernah dengar kannn kata otai-otai zaman dulu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau. So,baru sekarang aku paham maksud peribahasa tu.Huuu.Alhamdulilah, rezeki aku mungkin,dapat jugak merasa sebagai Best Debater dalam salah satu sidang. Manisss rasanya! =P  Apepun,credit to my teammates!

Puas aku pujuk suruh semua pakai pink. Ada cket pink pun jadilah. Hehe. =P
Ok. Setel sal debat. Macam yang aku cakap tadi,aku betul2 busy hujung2 sem ni. Bila aku cakap busy,aku betol2 maksudkan,okeh? Pernah sehari tu,gigih aku siapkan semua keja tanpa menghiraukan katil yang memanggil2, perut yang menangis  minta diisi,fon yang menjerit2  minta diangkat.Ahh,sume itu aku abaikan. (>_<) Tapi,tanpaku sedari, azan subuh mula berkemundang. OMAIGADDDDD! Tak sempat nak tido,dah pagi?? Kelas pagi kul 8 lak tu. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa..Titew nantok..(+_+)  


Tapi,Allah tu baik sangat. Di saat dan ketika aku dalam keadaan tak terurus macam ni, Allah datangkan insan2 yang begitu memahami. Buat kengkawan yang pernah 1 group,tak kesah la untuk subjek apa sekali pun,ampun maaf dipinta  sebab selalu buat korang tertunggu2 nak buat discussion sama2 kan? =( Kadang-kadang tu,dah cuba semampu mungkin nak bahagikan masa tuk 3 komitmen berbeza dalam 1 malam. Discussion, meeting and debat. Dah macam nak melompat keluaq dah jantung ni punya penat,tapi demi  tanggungjawab yang digalas, ku gagahi jua..eceewaaah..huhu..

>> kiri : Zulaiha. Pain. Tika. Dayah. Biha. Mira. LISA SURIHANI <<  =P
Takde motif~ (-_-')
Lawatan Industri >> Biha + Huda + Jannah  <<
Buat roomates tercinta..Nina,Amni,Syidah.. Korang tiga memang roomates terbaekkkk abad ini! Akak tak lupa Sanah,okeh? :) Diorang dah terlalu banyak tolong aku. Yang paling suwit bila diorang tolong basuhkan sekali baju2 aku dalam baldi time aku gi debat,plus siap tolong lipatkan lak tu. Pehhhhhhh..tak pernah aku jumpa insan2 serajin ini. Sayang jugak ek hampa semua kat akak! HAHA.. =P


Tapi..1 benda yang pasti. Tiap kali aku rasa down, orang pertama yang aku call, harus la my mom kan? Nasihat2 dan gelak tawa mak buat aku jadi kuat serta merta dan masa tu jugak la,terngiang2 suara abah. 


Abah…kalau abah masih ada,mesti abah selalu call mimi,kan? Bagi kata2 semangat, layan mimi merepek, marah kalau mimi skip makan. Allah,rindunya semua tu.. (T_T) 


Buat mak dan abah. Apapun,jangan risau tau..Mimi kuat! InsyaAllah. Doakan mimi dunia akhirat ek. :)

Moga dipermudahkan segala urusan~



Sunday 5 May 2013

Berangan sekali sekala~

 Assalamualaikum. 

Sedang aku sibuk menelaah pelajaran, tiba2 dapat sms dari Kak Ngah.

# Mimi, Ngah jumpa Amalina ngan mak dia kat A to Z tadi..Dia da nak kawen kot bulan 6 ni. Tengok! Dia baru 20,dah kawen..Kau mampu?? Nampak sangat hang tak laku..Haha

# I was like..GRRRRRRRRRRRRRRRRRR.. (>_<) Suke2 hati je cakap aku tak laku kannn..I baru 21 okeh? Jodoh dak Amalina tu awal,nak wat camne kan? Huuu..

Kadang-kadang ramai orang suka bertanya soalan-soalan seperti “ Apa ciri-ciri lelaki idaman anda?” Jawapan yang diberikan selalunya cliche ataupun bergantung kepada siapa artis yang paling hot time tu. Contoh jawapan cliche adalah seperti, lelaki idaman saya mestilah beriman, kaya dan hensem. Beriman mesti disebut dulu supaya kelihatan islamik dan tidak nampak terlalu mementingkan harta. Haha. Kalau jawapan mengikut artis pulak, saya harap lelaki idaman saya bermuka sweet ala-ala Zain Setia Hujung Nyawa, tinggi, berkulit putih, berambut pacak dan body die lawa. Tapi,takmo la ketak2 macam sazali bina badan tu. Yang tu, aku pun ketaq lutut tengok..heeee.. =P

Ni Zain Hakimi. Lupa pulak nama betul dia.. -_-'
Okay mimi. Can you describe your dream guy?

Yeah sure, hari ni aku akan describe more or less about my dream guy. Tapi,ni dream je tau. Bukan demand or what, tapi dah nama pun dream,so aku bebas menggunakan kuasa imaginasi aku tanpa batasan. Eh eh,still berlandaskan syariat islam la for sure. * jawapan selamat * Huhu.

Ciri laki idaman aku yang utama, dia mestilah BUKAN seorang yang panas baran mahupun perokok. Seriously, aku seorang yang memliki sifat2 keperempuanan yang terlampau yang menyebabkan aku tergolong dalam golongan yang sensitip dan mudah mengalirkan air mata. Huhu. Yang pasal merokok tu plak, sorry to say guys. Aku memang tak tahan dengan bau rokok. Sesak nafas kott.. (T_T) Lagipun,ustaz Usul Fiqh aku pernah cakap, kalau bakal pasangan kamu cakap dia nak stop merokok lepas kawen,jangan la pecaye. Tipu je tu. Bukan senang nak stop tau. * okayy,tu ustaz aku yang cakap ek,not me..* ^_^
Ni aku bukan nak tunjuk islamik tau tapi seriously aku mahukan seorang lelaki yang sekurang2 nya boleh jadi imam untuk aku dan anak-anak nanti. Sembahyang jemaah sama-sama. baca yassin sama-sama setiap malam jumaat, galakkan aku buat ibadat2 sunat. Pehhhh, rasa macam confident jer boleh masuk syurga kalau macam tu. =P

Dan aku sangat sangat sangat in love dengan laki yang suka budak2. Yela,sebab aku pun suka sangat melayan budak2 ni. Best kot. You know what, a man looks like a true hero to me if he holds the baby on one side and hold his wife's hand on the other side. Auwwww..itu sangat suwit,hokeh?? (^_^) Nak2 pulak dia seorang yang ringan tulang. I mean, tolong masak nasi ke, basuh pinggan ke, tolong bini dia masak sama-sama ke. Kalau ada ciri2 ni,memang you got a YES la from me. Huhu. Takdela, aku nak buktikan jugak yang bukan laki mat saleh je yang suwit2 ni,laki melayu pun ada je kan. :)


Ok2. Ni last ek. Aku nak laki yang tak kesah dapat bini yang gile pink cam aku ni. So,satu rumah aku nanti nak kaler pink. Dari pagar luar rumah, sampai ke tong sampah dalam rumah. Sume nak pink. Tak kire2! Boleh kan kan kan? Cakap sayang.. =P hehe. 


Alahaiii.. Lomah lutut aku tengok.. 
Simple but nice.. =)
Saya kekurangan baju kaler lain. Sekian. =D
Erm, nak bela kucing boleh, tapi ketahuilah bahawasanya NOOR SYAMIMI YUSOFF seorang penghidap Ailurophobia,which is terlalu amat sangat takutkan kucing. I sanggup tak keluar toilet setengah jam kot aritu gara2 nampak kucing kat depan pintu toilet tu. Cess.. -_-‘


Over la hang ni mimi. Orang lain sibuk dok sibuk berkempen sana sini, hang sempat lagi dok hupdate post tah pape.Terok! Huhu.

Well, thats all from me. Sekadar berimaginasi, tak salah kan? (^_^) If things are happening according to my wish, I’m LUCKY. Alhamdulilah. But,if they are not, I’m still very lucky because they are happening according to Allah’s wish. :) Moga dikurniakan seorang insan yang mampu membimbing diri ini satu hari nanti. Allahumma amin..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sehari sebelum PRU 13, sempat meluangkan masa seketika dengan kakak2 senior Form 6 dulu di UKM. 2 hari 1 malam aku kat sana, layanan yang cukup tip top diberikan oleh ketiga-tiga mereka. Nak lintas jalan pegang tangan aku, kat pasar malam pun risau btol kalu aku terpisah dengan diorang. Terasa sangat comel di situ. Ngeee.. =P  To Kak Nisah, Kak Amal dan Kak Enaz, mekaseh sebab sudi ajak mimi gi sana, habiskan masa dengan mimi, gigih layan mimi yang cakap tak henti2. Huhu. Sayanggg akak2 sume!  Nanti datang usim lak ek..


Kami bahagiaaaaaaaaa bersama... 

Kak Amal...Kak Enaz...Adek Mimi...Kak Nisah


 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥