Sunday, 5 May 2013

Berangan sekali sekala~

 Assalamualaikum. 

Sedang aku sibuk menelaah pelajaran, tiba2 dapat sms dari Kak Ngah.

# Mimi, Ngah jumpa Amalina ngan mak dia kat A to Z tadi..Dia da nak kawen kot bulan 6 ni. Tengok! Dia baru 20,dah kawen..Kau mampu?? Nampak sangat hang tak laku..Haha

# I was like..GRRRRRRRRRRRRRRRRRR.. (>_<) Suke2 hati je cakap aku tak laku kannn..I baru 21 okeh? Jodoh dak Amalina tu awal,nak wat camne kan? Huuu..

Kadang-kadang ramai orang suka bertanya soalan-soalan seperti “ Apa ciri-ciri lelaki idaman anda?” Jawapan yang diberikan selalunya cliche ataupun bergantung kepada siapa artis yang paling hot time tu. Contoh jawapan cliche adalah seperti, lelaki idaman saya mestilah beriman, kaya dan hensem. Beriman mesti disebut dulu supaya kelihatan islamik dan tidak nampak terlalu mementingkan harta. Haha. Kalau jawapan mengikut artis pulak, saya harap lelaki idaman saya bermuka sweet ala-ala Zain Setia Hujung Nyawa, tinggi, berkulit putih, berambut pacak dan body die lawa. Tapi,takmo la ketak2 macam sazali bina badan tu. Yang tu, aku pun ketaq lutut tengok..heeee.. =P

Ni Zain Hakimi. Lupa pulak nama betul dia.. -_-'
Okay mimi. Can you describe your dream guy?

Yeah sure, hari ni aku akan describe more or less about my dream guy. Tapi,ni dream je tau. Bukan demand or what, tapi dah nama pun dream,so aku bebas menggunakan kuasa imaginasi aku tanpa batasan. Eh eh,still berlandaskan syariat islam la for sure. * jawapan selamat * Huhu.

Ciri laki idaman aku yang utama, dia mestilah BUKAN seorang yang panas baran mahupun perokok. Seriously, aku seorang yang memliki sifat2 keperempuanan yang terlampau yang menyebabkan aku tergolong dalam golongan yang sensitip dan mudah mengalirkan air mata. Huhu. Yang pasal merokok tu plak, sorry to say guys. Aku memang tak tahan dengan bau rokok. Sesak nafas kott.. (T_T) Lagipun,ustaz Usul Fiqh aku pernah cakap, kalau bakal pasangan kamu cakap dia nak stop merokok lepas kawen,jangan la pecaye. Tipu je tu. Bukan senang nak stop tau. * okayy,tu ustaz aku yang cakap ek,not me..* ^_^
Ni aku bukan nak tunjuk islamik tau tapi seriously aku mahukan seorang lelaki yang sekurang2 nya boleh jadi imam untuk aku dan anak-anak nanti. Sembahyang jemaah sama-sama. baca yassin sama-sama setiap malam jumaat, galakkan aku buat ibadat2 sunat. Pehhhh, rasa macam confident jer boleh masuk syurga kalau macam tu. =P

Dan aku sangat sangat sangat in love dengan laki yang suka budak2. Yela,sebab aku pun suka sangat melayan budak2 ni. Best kot. You know what, a man looks like a true hero to me if he holds the baby on one side and hold his wife's hand on the other side. Auwwww..itu sangat suwit,hokeh?? (^_^) Nak2 pulak dia seorang yang ringan tulang. I mean, tolong masak nasi ke, basuh pinggan ke, tolong bini dia masak sama-sama ke. Kalau ada ciri2 ni,memang you got a YES la from me. Huhu. Takdela, aku nak buktikan jugak yang bukan laki mat saleh je yang suwit2 ni,laki melayu pun ada je kan. :)


Ok2. Ni last ek. Aku nak laki yang tak kesah dapat bini yang gile pink cam aku ni. So,satu rumah aku nanti nak kaler pink. Dari pagar luar rumah, sampai ke tong sampah dalam rumah. Sume nak pink. Tak kire2! Boleh kan kan kan? Cakap sayang.. =P hehe. 


Alahaiii.. Lomah lutut aku tengok.. 
Simple but nice.. =)
Saya kekurangan baju kaler lain. Sekian. =D
Erm, nak bela kucing boleh, tapi ketahuilah bahawasanya NOOR SYAMIMI YUSOFF seorang penghidap Ailurophobia,which is terlalu amat sangat takutkan kucing. I sanggup tak keluar toilet setengah jam kot aritu gara2 nampak kucing kat depan pintu toilet tu. Cess.. -_-‘


Over la hang ni mimi. Orang lain sibuk dok sibuk berkempen sana sini, hang sempat lagi dok hupdate post tah pape.Terok! Huhu.

Well, thats all from me. Sekadar berimaginasi, tak salah kan? (^_^) If things are happening according to my wish, I’m LUCKY. Alhamdulilah. But,if they are not, I’m still very lucky because they are happening according to Allah’s wish. :) Moga dikurniakan seorang insan yang mampu membimbing diri ini satu hari nanti. Allahumma amin..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sehari sebelum PRU 13, sempat meluangkan masa seketika dengan kakak2 senior Form 6 dulu di UKM. 2 hari 1 malam aku kat sana, layanan yang cukup tip top diberikan oleh ketiga-tiga mereka. Nak lintas jalan pegang tangan aku, kat pasar malam pun risau btol kalu aku terpisah dengan diorang. Terasa sangat comel di situ. Ngeee.. =P  To Kak Nisah, Kak Amal dan Kak Enaz, mekaseh sebab sudi ajak mimi gi sana, habiskan masa dengan mimi, gigih layan mimi yang cakap tak henti2. Huhu. Sayanggg akak2 sume!  Nanti datang usim lak ek..


Kami bahagiaaaaaaaaa bersama... 

Kak Amal...Kak Enaz...Adek Mimi...Kak Nisah


7 comments:

ct nyssa said...

hehe,, nty akk hapdet plak ciri2 idaman akk ea.. share ngn mimie plak..^__^
neway awesome lagu blog mie.. comel n happy ja dgar.. oke, nty kita kumpul ramai2 kt usim lak ea.. enjoy la ritu, even kejap je.. huhu

enaz said...

sweet... but gmbr akak xcomel...hehe.. love u guys... awesome moment right? hehe.. klau cik nisah sggup bwakn i pegi USIM... anything 4 u adk comel~~~

mimie perla ~ said...

kak nisa : haha..xda hal la kak..ni mimi mepek je..da makin rmai kgkwn kawen,ttibe tegedik plak nk wat entry cmni..heee.. =P

kak enaz : eh,comel la tu kak..(^_^) nanti datang usim ek..mimi tggu..

Nurul Syuhadah said...

Hi, mimie :) done follow mimi. nnti sggah blog adah pulak ye ?

ceritachentakita.blogspot.com

btw, semoga dipertemukan jodoh diawal usia mu 22 tahun nnti. next year laa jwabnya. hehe :)

me in LDR said...

comel..=D

btw, kita boleh gariskan seribu ciri2 lelaki idaman tapi, ketahuilah bahawa kemungkinan besar jodoh kita tu sangat berlawanan dengan ciri2 idaman kita..

yang paling penting, imannya..=)

NURUL ATIKAH said...

hahahhh !! sapa tak nak lelaki yg beriman kan,itu ciri2 lelaki idaman setiap muslimah !! ^^

fiza saiza said...

hahahaa....betol2 peminat pink pinky mimi nih :)

Singgah & follow disini...
jika free boleh singgah & follow kembali :)

http://fizasaiza.blogspot.com/

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥