Saturday, 6 April 2013

Sabar .Redha.Ikhlas


*****
Entry ini untuk mereka yang merasakan perjalanan hidup ini sukar dan berliku. Untuk yang bersedih. Untuk yang hampir berputus asa. Untuk jiwa yang merasakan tidak tertanggung oleh ujian dan dugaan. Untuk kau. Untuk aku. Untuk kita semua, hamba ALLAH yang lemah dan khilaf.

*****

Assalamualaikum.

Betul cakap orang. Langit tak selalu cerah. Kadang-kadang turun hujan.

Begitu juga dengan hidup, takkan selalu indah. Akan ada ujian. Ada dugaan.

Kalau kita bernasib baik, selalu kita dapat tengok pelangi indah lepas hujan kan?

Macam tu jugak hidup.

Di sebalik ujian dan dugaan, ada hikmah yang tersembunyi. Tak tercapai dek akal jika belum waktunya untuk kita betul-betul faham semua yang terjadi. DIA turunkan dugaan pada kita, hambaNYA dengan pelbagai cara. Maing-masing bersama hikmah yang tersembunyi.  Terpulang pada kita bagaimana untuk menanganinya.
**********

22 Mac 2013 ( Jumaat )

Alhamdulilah, Kak Long dah selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya setelah hampir setahun bertunang. Abah adalah antara insan yang paling gembira dengan kehadiran menantunya yang pertama.





23 Mac 2013 ( Sabtu )

Alhamdulilah, majlis kenduri berjalan seperti yang dirancang. Kehadiran tetamu yang tak putus-putus seawal jam 11.30 pagi hinggalah ke lewat petang membuatkan mak dan abah tersenyum bahagia. :) Pada mulanya, kami adik beradik agak terkejut dengan persiapan perkahwinan Kak Long. Boleh dikatakan menelan perbelanjaan yang agak besar. Tapi, abah tak kisah. Anak sulung katanya. Kami akur dengan sebarang jua keputusan abah. Mungkin dah lama abah menanti untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan untuk anaknya sendiri.









24 Mac 2013 (Ahad )

Walaupun aku cuma sempat balik ke rumah 3 hari je gara2 jadual kelas yang agak padat, tapi aku bersyukur sebab berkesempatan bersama2 famili tercinta di hari bahagia Kak Long. Malam Ahad tu jugak aku bersiap2 untuk pulang ke usim dek tak nak terlepas kuliah keesokan harinya.

25 Mac 2013

Berat hati nak tinggalkan rumah malam tu tapi mainan perasaan mungkin. Aku sampai kat Terminal One,Seremban seawal jam 5.30 pagi. Sunyi. Tapi,aku beranikan jugak diri. Naik ktm, teksi dan akhirnya sampai jugak di depan pintu bilik tepat jam 7 pagi. Terpaksa cancelkan hajat nak tidur sekejap gara2 kelas jam 8 pagi. Penat sangat tapi it's okay.. Kejayaan memerlukan pengorbanan,kan? :)

Habis je kelas, aku cepat2 nak balik bilik. Mengantuk + letih. Baru je lebih kurang 5 minit aku terlelap, 1 panggilan masuk. Tertera nama "Aizat".. Eh, takkan baru sehari balik,adik aku da rindu kot? Pelik.

Sebaik sahaja aku tekan bukan hijau, kedengaran sayu suara Aizat. Terus hilang rasa mengantuk.

" Adik, awat ni..? "

" Kak Mie..abah.. "

" Awat dengan abah,adik?? " Mata aku dah mula bergenang. Macam2 perkara buruk bermain dalam fikiran..

" Kak mie..abah dah tak gerak dari tadi..Adik,mak ngan kak cik dah puas kejutkan abah. Badan abah sejuk. Tak tau kenapa.." Kedengaran bunyi teresak2 di hujung talian.

Makin laju air mata keluar. Ya Allah, ujian apa pulak ini.. =( 

" Adik, cakap kat mak, kak mie nak balik. Tak kira..Kalau ada pape,call kak mie balik. " Aku matikan talian. Cepat2 bersiap nak patah balik Penang. Jauh di sudut  hati, aku berdoa agar takda pape yang tak diingini berlaku kat rumah. Tunggu mimi,abah..

Tak sampai beberapa minit, adik aku yang sorang pulak call. .Lagi kuat bunyi tangisan dia. Allah, aku betul2 tak kuat andai berita buruk yang ingin disampaikan.

" Syera..abah camne.." Aku cuba menahan perasaan tapi soalan aku hanya dijawab dengan tangisan..


" Kak mie..ermm abah..abah dah takda, kak mie.." Tangisan bertambah kuat..

Terasa lemah seluruh anggota badan sebaik sahaja ayat tu keluar dari mulut adik. Dan sepanjang perjalanan pulang, hanya air mata dan kata2 semangat dari kawan2 yang menjadi peneman.

Aku tukar 2 bas hari tu gara2 nak cepat sampai rumah sebelum abah dikebumikan petang tu. Tapi, jarak perjalanan yang agak jauh dari Nilai ke Penang menyebabkan mustahil untuk aku sampai sebelum jam 6 petang. Aku kuatkan hati, redha andai kata tak sempat menatap muka abah buat kali terakhir dan ternyata aku tak sempat. Aku sampai kat rumah hampir jam 8 malam. Maafkan mimi abah.. (T_T) 

Abah..mimi tahu yang mimi bukanlah anak yang baik tapi mimi dah cuba sedaya upaya mimi..Abah selalu buat mimi hepi bila abah cakap mimi anak abah yg paling hot. Time tu,mesti mimi akan senyum sampai ke telinga.Mimi tahu abah sentiasa nak buat anak2 dia rasa bahagia.. :) Tapi,kenapa abah pergi tinggalkan kami semua di saat kami masih belum bersedia menerima kehilangan sebesar ini. Mimi tak sempat nak mintak maaf dengan abah buat kali yang terakhir tapi mimi harap abah dah maafkan semua salah silap mimi sepanjang jadi anak abah..Halalkan segalanya..Mimi bersyukur diberi kesempatan merasai kasih sayang seorang ayah walaupun hanya selama 21 tahun tapi mimi agak terkilan sebab abah pergi sebelum sempat mimi capai cita-cita mimi. Abah selalu cakap nak tengok mimi jadi peguam syariah,kan? InshaAllah abah..Akan mimi usahakan.. Doa kami adik beradik akan sentiasa mengiringi abah. Moga abah tenang di sana.. Mimi sayang abah!

Gambar terakhir bersama arwah..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Persiapkanlah diri untuk menghadapi setiap dugaan dengan sabar dan ikhlas.

Yakin.

Pahit akan manis juga pada akhirnya.

InsyaALLAH.

AMIN.


Mimi akan rindukan abah ~

11 comments:

syaf syifa said...

sabar akk...Allah sayang ayah akk

Navilah mansyur said...

akak sedihnye......kak mimi kan kuat....sabar...akak boleh hadapi smua ney...ALLAH akn sntiasa brsma org yg sabar....akak boleh capai impian abah akak..saya yakin.....kak mimi kan happy go lucky...kekalkan senyuman manis akak yer akak wlau sberat mana ujian yg datng....huhuhuhuh....

ATIQAH SAHMAH said...

salam 'alaik mimi. ni tiqah smap ni. Allah, tak tau nak ckp ape mi. tapi kite tahu mimi mmg kuat sejak dulu. riang je selalu. semoga Allah pelihara family mimi selalu. sayang mimi ketat2. :D

mimie perla ~ said...

SYAF SYIFA : InshaAllah dek..Doakan moga segala urusan akak dipemudahkan.. :)

NAVILAH : kak mimi kuat! hoyeah! (^_^) InshaAllah Bella,akak akan cuba semampu akak..thanks for ur support..keep smiling~ :D

TIQAH : tiqah!!! rindunyee.. =( dun wori dear..slagi mimi ada famili, kgkwn,selagi tu mimi akan kuat..doakan mimi tau..sayang tiqah jugak kuwat2! :)

Shoutul Humaira' said...

be strong ye mimi...surah 3 ayat 185

i'm merely ME. said...

be strong mimi!!!
Allah knows that you can bare the pain dear.NOOR SYAMIMI that i know is always a strong hearted person.
pedih,sakit,airmata hny di dunia syg.Moga Allah rahmati mimi.=)

atiqah said...

kuatkan semangat mimi dan keluarga. Allah sentiasa menjaga kalian. Capai cita-cita walaupun abah dah tiada kat dunia ni..

mimie perla ~ said...

SHOUTUL : thanks harith..inshaAllah..doakan mimi.. :)

HUSNA : senah!! Lama kte lost contact.. =( inshaAllah dear..mimi kuat..thanks for ur support..May Allah bless u too.. :)

ATIQAH : mekaseh atiqah..doakan mimi dan keluarga ye.. :)

Nurul Fatihah Binti Mohd Sobri said...

takziah untuk kamu dan keluarga. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman. aamin.

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

wisata outbound said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥