Assalamualaikum.
Lama
tak buat entry kan lagi2 sejak dah balik Penang ni. Haa, disebabkan sekarang ni
tengah cuti sem, rasa macam malas sangat nak belajar. So, dah alang-alang buang
masa tu biarlah buang masa habis-habisan ye tak. Hehe. Pandai kan hang,mimie.
Masa suruh belaja habis-habisan taknak pulak kan (-___-)
Ok
entry kali ni aku nak cakap pasal PEREMPUAN & KECANTIKAN. Sebabnya aku tau dah, la ni pompuan suma dok
obses nak kuruih la, nak cantik la sampaikan member offer nak belanja lunch kat
cafeteria pun hampa bukan main lagi dok berdrama kata dah kenyang la, dah makan
la padahal nak dietkan?? Tuptup tengah
malam satgi cari gak biskut kering. Elehh.. Ni sume taktik lama la. Aku tau
laaa..sebab aku pun buat. Haha.. =P
* RUMAH *
#
Mak, apa dalam Tupperware merah dalam peti ais ni?
#
Oo, tu agar2 milo. Makan la. Mak baru buat semalam, ada kolagen dalam tu.
Sedap.
# Erkk. Agar2 pun ada kolagen?? (0_o)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
# Ngah, losyen sapa kat atas meja ni? Pink lak tu, cantik gilaaaa.
#
Tu losyen Fellina Ngah. Dia lagi
berkesan dari Losyen Mustajab Pati Halia tu. Haaa, jangan dok pakai pulak. Mahai
tu.
So, nampak tak kat sini yang
perempuan sangat menitikberatkan pasal benda ni. So, semakin aku dewasa ni *eceh*,
aku cuba untuk tahan nafsu dari benda-benda macam ni. I mean, aku cuba kawal
diri daripada terpengaruh dengan orang lain.
Yup, orang perempuan ni
memang sangat cepat terpengaruh. . Bila tengok orang pakai mekap, kita pon nak jugak
walaupun kita tau in the end kita akan pakai sekali dua je mekap tu sebab
segan. Bila tengok orang pakai shawl Hana Tajima, kita pon nak jugak jadi Hana
Tajima walaupun muka kita tak sesuai pakai shawl tu. Bila tengok orang shopping
online,kita pun kalut nak shopping online jugak. Konon2 nak ikut trend. Betul
kan? Yeah, I know well coz I'm a woman
too.
Takdala cantek sgt pun pakai tudung camni..huhu |
Tapi
aku tak kisah pon kalau ada orang nak kata, alah bukan lawa sangat pon mimie
tu. Mak dia lagiiii lawaaaaaa..Well,mak aku memang lawaaa pun. Problems??
Well,
I am just grateful to be who I am. Cantik ke tak tu anugerah Allah kan. Sapelah
kita ni nak judge/bising2 kalau orang tu cantik atau tak .
So the best way is,
kurangkan stalk page selebriti2. Diorang kan artis/model, dan dah bidang dia
camtu, of course la diorang kena pakai latest fashion. Yang kita orang
biasa-biasa ni tak payah lah kot nak berusaha sangat nak jadi macam tu. Just
keep things moderate. Kadang-kadang simple tu lagi cantik.
Apapun, berfashionlah ikut kemampuan lagi2 sebagai seorang student . Tak salah kalau sekali sekala nak bershopping, nak pakai cantik-cantik, tapi jangan keterlaluan. Peringatan ini untuk diri sendiri juga.
Ingat, dalam hidup ni kite kena korbankan banyak benda untuk capai sesuatu. Kalau nak ilmu, tak sempat punya nak pakai cantik-cantik pi kelas. Nak cantik sentiasa, takda masa nak kejar ilmu pulak. Nak pandai kena study lebih, tapi eyebag kopom setimbun. Taknak eyebag setimbun kena tidur banyak, tapi tak pandai. Nampak tak permainan di situ?? Well, itulah kehidupan =)
Peduli kata orang, yang penting kita tau keutamaan kita apa. Marilah girlfriends kita belajar untuk terima diri sendiri dengan seadanya! (^_^)

0 comments:
Post a Comment