Monday 24 December 2012

Learn from MISTAKES :)


Assalamualaikum.

I've been gone for quite so long. Huhu. Jap, kang kalau aku cakap aku busy, korang cakap aku POYO lak kang. Tapi,serius. Ni buktinya. 

Sebaldi baju aku tak sempat basuh. Ngeee.. =P
Yela, my everyday timetable pulak is packed with classes dari 8 pagi sampai 10 malam , tu belum kira kalau ada kelas ganti lagi. Waaaarrgghhh.. But what to expect, student. 

Tapi, saat entry ini ditulis, aku dah ada kat penang dah pun. Lari jap balik rumah even 2 hari je. Tak tahan weh, homesick kottt. Sekarang ni cuti study week and final exam pulak start 2 haribulan ni. Serius dah tak lama. Tapi sempat lagi hang melagho ngan blog ni mimi..ish3.. * Ala2, jap ek..5 minit je..huuu..*


Erm. Bila imbas balik sem 1 sepanjang aku kat Usim ni, rasa cepat je masa berlalu. Besyuko jugak sebenarnya. Yela, sekurang2 nya 5 tahun aku kat Usim ni takda la rasa lama sangat nanti..hehe. Tapi, serius. Banyak sangat memori2 indah + pahit sepanjang sem ni. (^_^) 

Kelas debat yg sangat ohsem!
Yela, aku ingat lagi macam mana mula2 dulu aku nak sesuaikan diri kat sini . Macam mana aku tunggang langgang nak bahagikan masa antara assignment dengan debat. Macam mana dari tak pernah2 berlakon, tetiba aku boleh sahut cabaran join pertandingan lakonan sempena minggu FSU hari tu. Macam mana maluuuuuuunya aku TERbawak moto masuk asrama laki dan banyak lagi lah. Kang lagi banyak aku cerita, aku sendiri gak yang malu nanti. Huhu.

Ok. Dipendekkan cerita, hari tu aku sempat gi Melaka jap ngan classmates aku. 2 hari 1 malam. Bukan semata2 nk melancong,ok? Tapi gara2 kena siapkan assignment arab, so sampai la jugak kitorang kat sana.  

River Cruise ^^
Teringin nak naik beca, tp takut berat sangat je.. -_- 
besama farahin latip. huhu
Errr.. suka sangat main candid2 nih.. (>_<)
Kalau bab diajak pose, dia takkan pernah menolak. Kan Biha? =P
Masa untuk ber'tomyam'.. (^_^)
Thanxx guys! Korang memang best.. :)
Setel tentang Melaka. Kalau ditanya pengalaman paling best pulak sepanjang sem ni, konpom la aku jawab pengalaman join debat Naib Canselor. Seriously best! Banyak benda baru yang aku belajar. Antaranya, debat kat universiti ni beza sikit dengan debat zaman sekolah dulu dan yg paling penting ayat tak boleh bunga2,hokeh??  Aku ingat lagi macam mana abang2 senior debat gelakkn aku sampai pecah perut gara2 bahasa aku yg terlalu puitis lagi bombastik first time aku kena debat depan diorang. Merah muka dibuatnya tapi rasa nak tumbuk sorang2 laju2 pun ada gak. Tapi,aku masih waras. Chill mimie chill. Huhu. 


Tapi, aku belajar dari kesilapan. Sejak hari tu, aku banyakkan tengok debat2 kat youtube, buat research sana sini, call legend2 debat dan finally, aku berjaya build self confidence nk join debat kat sini. Even team aku kalah sebelum final, tapi kami semua besyuko sebab masing2 dah buat yang terbaik dan tawu reason kenapa kami kalah pusingan tu. Tak salah aku, usul hari tu " RUSUHAN JALANAN CERMINAN KEMATANGAN DEMOKRASI RAKYAT " dan kitorang jadi pembangkang. Kami kalah dengan perbezaan 4 markah. Sedih gilerrrrrr kot tapi takpa. Takda rezeki. :) 

FSU A .. (^_^)
Ketaq lutut sebenarnya time ni tapi tak mampu nak menolak bila org pegang kamera.. =P
(n_n)
Mabrook .. :)
dan momen yang paling indah mestilah time nama aku termasuk dalam top 3 senarai pendebat terbaik. Alhamdulilah. :)


Apa2 pun, perjalanan aku masih panjang, baik dalam study mahupun debat. Dan semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen. Wish me luck for my final ek. :) see u guys!
 

3 comments:

Yasmin Aris said...

Aaaaminnnn :D


Haa pegi basuh baju cepat ! :P Hihi

Anonymous said...

mimi yang hebat, ohlalal. mabruk alayk ^^
chaiyok2 . final pulak (=

mimiemayembong said...

Yasmin : tolong basuhkan,bley? =P huhu..

aku-bkn-robot : xhebat pon dear..besa je.. :) neway,mekaseh..doakan mimi ek.. (^_^)

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥