Wednesday, 31 October 2012

Sayang mereka kuwat2 ~ :)


Assalamualaikum.

Bahagia betul dapat duduk dekat rumah sendiri. Betul lah orang putih kata home sweet home. Even cuti seminggu je, tapi kalau dimanfaatkan betul2, rasa macam cuti sebulan kot. Selain daripada membahagiakan, rumah ini juga dipenuhi dengan makanan2 yang susah dan tak mampu aku nak dapat kat usim tuh. Cuba bayangkan mana tak bahagianya aku? Bangun pagi makan makanan lain, tengahari lain, petang lain, malam lain dan tengah malam pun lain.. Fuhhh.. heaven habis hidup. Syukur alhamdulilah. Terima kasih mak , abah! =D




Ok. Disebabkan rasa cinta,kasih dan rindu yang terlalu mendalam terhadap budak2, jadi cuti seminggu ni aku curi masa jap melawat kakak2 dan anak2 kesayangan kat tempat aku mengajar dulu. Walaupun, hanya sempat spend 2 hari je kat sana,tapi sumpah.. Layanan yang aku dapat sangat tidak mengecewakan dan di luar jangkaan. 

Aku bajet bila dah lebih kurang dua bulan tak mengajar, budak2 tu dah tak nak layan aku la. Sekali, lain pulak jadinya. Terasa hottt pulak bila masing2 teruja dengan kehadiran aku. HAHA. * Blah la hang, mimi ! =P * 


Tapi kan, serius. Tak terlayan aku dengan budak2 tu.Masing-masing sibuk nak stori mori. Manjanya sorang2 masyaAllah, menyebabkan aku terasa sangat keibuan. **Wink wink** (^_^)

Sepanjang dua hari tu jugak, aku dilayan macam puteri raja. Tak sempat aku nak cakap aku mengidam nak makan apa, tup2 da tersedia kat meja makan. Suke suke! Terima kasih Kak Ila, Kak Ina, Kak Tiha dan Kak Dila. Kalian sangat suwit,ok? Mimi teharuuuuuuu sangattttt2! Terima kasih yang tak terhingga jugak untuk jam ni. May Allah bless you guys.. 

 
Seronok seronok jugak, tapi bila da sampai part syahdu, time aku nak balik rumah tu, fuhh.. Habis hilang kemachoan ni kot bila budak2 tu tengok aku nangis. Waaaa,malu! Tapi, diorang yang buat aku jadi macam ni sebenarnya.

ZULFA. Ye, budak 4 tahun ni memang orang panggil anak aku sejak dari aku mengajar dulu sampai la sekarang. 



Mungkin disebabkan dah dekat 2 bulan dia tak jumpa aku, jadi sekali dah jumpa ni, dia ikut je aku pi mana pun. Pantang aku duduk bersila kat lantai, laju je dia datang duduk atas riba. Manja sangat dan part yang berjaya membuatkan hati perempuan aku ni tersentuh, bila dia datang peluk aku lama2 petang hari last aku kat situ, usap pipi aku, lepas tu dia cakap..

                          “ Ustazah mimi jangan la balikkk..”

Terus dia kiss aku dan peluk aku sekali lagi. Ya Allah. Bergenang mata ni. Tak sangka betapa budak2  pun jauh lebih hebat dalam menghargai seseorang.  Dan yang pastinya, dia iringi kepulangan aku petang tu dengan tangisan sekaligus membuatkan aku turut menangis.  

                          “ Ustazah akan datang lagi tengok awak, sayang..”


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ok. Kat bawah ni aku selitkan beberapa gambar yang sempat aku amek hari tu.

Razif. Kecik2 jangan disangka tak buas. Huhu
Kakak adek yang bahagia.
(^_^)
(^_^)
Say cheseeeeeee.. =D
Kenangan tercipta..

Apapun Ahad ni aku kena balik semula ke USIM. Semangat baru, focus baru, spirit baru, bersama  makanan yang sangat banyak. Hehe. Aku nak pulun study betul2 lepas ni. I know I can, I believe I can and I’m going to find what I want in life, no matter what. And no regrets.

Lets Do It, Mimi!  Ganbatte!

Ayuh contohi Rasulullah S.A.W yang sangat cintakan kanak2.. (^_~)


6 comments:

Engku Muzahadin said...

Perkongsian yang menarik`
Singgah baca entri & FOLLOW sini`
Jumpa link dalam Kelab Blogger Ben Ashaari - Salam perkenalan :)

Keep in touch :D
http://engkumuzahadin.blogspot.com/

mimie perla ~ said...

Thanks.. :)
InsyaAllah..neway,done follow u..
keep in touch!

Maya said...

Comelnya bebudak tu Mimi! Geram pulak rasanya bila tengok. hehe. :D

mimie perla ~ said...

haha..kalau geram,mai la penang..nanti mimi bawak gi jumpa dak2 tu.. (^^,)

Ayuni Khalib said...

bestnya tengok budak-budak. i love kid. Anugerah dari Nya. banyak ragam banyak cerita

Cik Fie said...

Wah ! Entri Yang Menarik (◕‿◕✿)

Jom Follow Blog Ni (!) Sekaligus , Baca/Komen Entri Misteri : Pocong Pandai Nyanyi Lagu Kosong Najwa Latif Ni Kalau Sudi :)

http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/10/misteri-pocong-pandai-nyanyi-lagu.html

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥