Sunday, 8 December 2013

Sibuk sibuk sibuk

Assalamualaikum.

Okayy. Lama sangat tak update blog rasanya sampai jenuh nak log in balik tadi sebab dah terlupa password. Huhu. Rasanya sekali pun aku tak update lagi dari awal bukak sem sampai la dah nak final tak lama lagi. Punye la nak cakap sibuknye tu.. Yela, zaman sekarang ni, kalau tak online sehari pon rasa macam dah ketinggalan updates terkini selama 2 abad. Rasa macam siryes ketinggalan berita-berita penting yang tidak boleh didapati dimana-mana. Eceh over kan ayat. Tapi betul la, internet ni macam viral tau. Dapat satu link, share dekat 1000 orang. Setiap seribu orang tu akan share lagi dengan 1000 orang. Sebab tu video Fizo Omar melamar Mawar tu dah dapat views beratus ribu dah.Jaringan terpantas lah katakan.Okay,jum lupakan fizo. Suami orang. (T_T)



Sem 3 ni tah la . Aku rasa subjek2 dia makin berat especially yang berkaitan law. Contract, Tort, Constitutional,Family Law. Tu tak masuk lagi subjek2 arab. Usul Fiqh, Ulum Hadis, Ulum Quran, Fiqh Muamalat. FUHH. Semput weh semputtt. *lap peluh*

So,sem ni aku memang kurangkan gile2 aktiviti2 lagha macam gi jenjalan mahupun gi shopping kat Nilai 3. Plus,sekarang aku dah duduk rumah sewa n bawak moto sendiri, so tanggungjawab pun makin bertambah. Kena la pandai sep duet bro. Aku tak boleh membazir tak tentu hala, kang bila darurat,bukan ada sugar daddy kat sisiItu semua aku kena amek pusing.Cuma,ada la kadang2 aku involve jadi fasi/cikgu sementara untuk budak2 pmr mahupun spm. Tetibe je kan.


SPM 2013
Sama besar jek. -_-
So, sem ni aku lebih banyak focus untuk study, assignments dan debat. Eh,debat lagi mimi? Eh,harusla..Study study la,debat debat la. Dan alhamdulilah,so far aku still mampu bahagikan masa even budak2 rumah kesian tengok aku terlalu sibuk. Keluar rumah gi kelas awal pagi dan balik rumah pun pagi or tengah malam. Diorang pulak yang kesiankan aku. Huhu. Well,this is all about commitment guys. Better aku sibukkan diri dengan mende2 camni dari aku gi menggatal tak tentu hala. Ehh.

Jesselton Debate Open, Sabah
Mimi, Abg Afzal, Mika
Team Debat BM + BI Usim.. :)
Alhamdulilah.

So,once in a while, bila aku balik rumah, memang aku akan qada balik mende2 yang aku suka buat tapi tak sempat nak buat kat usim tu. Makan sepuas hati, keluar jenjalan ngan family sampai lupa jalan balik rumah dan posing sampai pecah camera fon tu. Tapi, lepas habis cuti, aku akan kembali ke rutin asal sebagai seorang student. (T_T)

Family First~ 
Tipu je sume. Cakap nak buat muka burok,last2 aku sorang je. Grrr.. >_<
Puncak Mutiara Cafe
Restoran Kapitan
Jum try Pizza Hut baru!
Fokus mak fokus! =P
Tapi kan, aku siyes takde hal nak tunjuk gambar aku yang 'biasa-biasa' or 'pelik-pelik' kat blog. Sebab kalau aku upload suma gambar aku yang meletop2, korang akan set in mind yang mimi ni seorang yang lawa nak mampos. Kang bila korang terjumpa aku kat memane ke, and find out yang aku tak macam dalam gambar, konfem aku kena kutuk. Betol? So aku rather tunjuk korang aku yang sebenar macam mana. Tak kesah la camne pun. I am just grateful to be who I am. Cantik ke tak tu anugerah Allah kan. Sapelah kita ni nak bising2 kalau orang tu cantik atau tak kan? :)



Poyorina je adek2 aku ni.. Tak macam kakak dia. Eh.
Okay. Dah tak larat nak bebel panjang2. Masih ada banyak keja yang menunggu. Seriously,tak sabar sangat2 nak habiskan sem ni. Kamon mimi,sekejap je lagi!  Final pun dah nak dekat. Mohon tembakan doa kalian semua. 

** Eh,sebelum terlupa,kiteww ade buat page business kat fb. Support ek. Kiteww kawan kan? =P kbai.

Tekan sini -->  Mimie's Business Corner
`

1 comments:

kindergartenlibrary said...

blog yang sangat lawa !!

:)

singgah sni .. meh folo kita ..i will follow bck !! salam ukhwah ! ^^

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥