Tuesday, 27 August 2013

Jadi cikgu memang tak kaya, tapi MULIA ..

Assalamualaikum

Hi korang, how are you? I’m doing fine.. as long as I'm home, I'm fine. Huuuu. Sebenarnya aku cuti dari bulan Julai lagi dan cuti pon dah nak berakhir. Kiranya tak lama lagi aku akan kembali ke USIM dan akan bergelar second year law student. Ohoiii aku sudah menjadi senior tahu. Sila berikan tunduk hormat jikalau terserempak dimana-mana. Haha..

Siblings aku semua perempuan kecuali yang last tu je lelaki . Korang pon tahu kan? Jadi kat rumah aku ni memang KURANG la cerita pasal Manchester United kalahkan Liverpool, K Rajagobal digesa letak jawatan dan takpon kenapa ramai perempuan lebih meminati zaquan adha berbanding kerul fahmi che mat? Memang tak la nak bergosip pasal topik2 cenggini.


Walaupun aku diterapkan dengan perangai kewanitaan terlampau, tapi dulu bila tengok baby ataupun budak kecik, aku siryes takde perasaan. Aku pon pelik jugak apa pasal orang pompuan kalau nampak baby, terus-terus je dia buat suara 'alolor omeynyeee dieee cayangnyeee anyonyo'. You know what I mean,right? Lepas tu, mesti dia nak gomol & dokong dak baby tu like there's no tomorrow. Tak cukup dengan itu, nanti dia dokong dak baby tu dan tunjuk kat sedara mara.. Maka sedara mara akan berkata..Wahhh anak siapa ni comel ni? Dah boleh kawin dah camni. Maka yang tengah dokong baby tu pon tersipu-sipu malu sebab orang dok puji yang dia dah boleh kawin sebab pandai dokong baby. 


Okay aku siryes tak suka keadaan ni. Aku rasa macam ia adalah satu helah untuk berlakon sweet dihadapan orang-orang tua. Yela,orang2 tua ni penangan dia kuat. Kalau dia suka kau, memang satu kampung dia canang yang anak sekian sekian sekian ni memang bagus..sudahlah lembut, hormat orang tua, baik paras rupa dan bla bla. Tapi, kalau dia tak suka kau, buroklah padahnya. (>_<)

Tapi itu dulu. Makin lama aku rasa aku makin ada sifat motherly. Sesuatu yang tiba-tiba datang. Maybe this is what we call Fitrah. Macam dulu aku tengok budak-budak aku tak rasa pape, but now when I see kids, hati aku jadi macam alololor comelnye budak ni. I want to kiss you! I want to hold you! 
Euwww..Sume tudung pink?? 
Entah kenapa aku boleh motherly cenggini. Mungkin petunjuk yang aku dah boleh kawen? Hehe. Dah2 mimi,jangan dok gatal. Study woi~


Oh ya, cuti sem kali ini aku penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik lagi berfaedah. Makan,minum dan mengajaq. Letscekidaut~








Tapi kan, siryes cakap jaga budak2 ni bukanlah perkara yang mudah. Betul2 mencabar KESABARAN, KESOPANAN dan KEAYUAN aku sebagai seorang perempuan. Bagi patah flush toilet, baling sikat kat luar tingkap, conteng lantai, kencing dalam kelas dan banyak lagi la. Tapi, nak buat macam mana. Budak2 kan? =)


Namun begitu,mereka mempunyai kepakaran dalam membodek sesiapa sahaja cuma sometimes terlalu jujur.

# Ustazah mimi..ustazah ni cantik la.

**Perghhhhh..blushing baq hang. control mimi control.**

# ohh ye..mekaseh. :) cantik macam sape?

# erm..macam..macam KUCING! (^_^)

Jatuh kerusi.

Errr. sampai hati samakan aku dengan kucing?? Dah la konfiden je jawab. Waaaaaa.. Nasib baik baru 5 tahun, so dimaafkan.


Tapi apapun, terima kasih yang PALING KASIH sekali aku ucapkan kepada bos aku yang sudi menerima aku kerja kat sini bila2 masa sekalipun, Kak Ila, Kak Tiha dan jugak Kak Dila. Rasa macam nak bagi BR1MKDMP ( Bantuan Rakyat 1 Malaysia Khas Dari Mimie Perla) kat semua sekali sebagai tanda penghargaan. Huhu. Apapon,thanks for everything guys. Semoga kita sama-sama berjaya menjadi manusia yang berguna. 

To all my lovely students, jangan nakal2 yek. Wish me luck.  LOVE YOU! :)

4 comments:

Engku Muzahadin said...

Yeahh, proud to be a teacher..

mimie perla ~ said...

me too! =)

nur fadhilah said...

menariknya dapat ajar budak2 tapi bukan senang nak handle, kakak saya guru kafa tengok dia awal2 mengaja sampai hilang suara hehe

btw nice blog, done following you :)

Shoutul Humaira' said...

lol macam kucing

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥