Assalamualaikum.
Setiap
orang pasti pernah melalui saat sukar dalam hidup masing2. Saat
tak tertanggung rasa, bebanan yang memberat di dada, pasti tangisan yang
menjadi peneman. Cuba mengubati hati sendiri dengan melepaskan apa yang terbuku
melalui airmata.
Menangislah
kerana hanya DIA yang lebih memahami dan tahu apa yang terbaik untuk diri kita.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Betul
cakap orang, letting go people we LOVE has never been easy. Hari ni hampir 5
bulan pemergian arwah abah dan terus terang cakap raya kali ni tak bawa apa-apa
makna pun buat aku dan keluarga. Persediaan raya boleh dikatakan nak tak nak
je. Rumah pun tak berkemas sangat. Entah, masing2 takda mood.. (T_T)
Kawan-kawan
selalu cakap aku nampak kuat, sentiasa tersenyum. Senang cakap, susah nak
nampak sedih la. Well guys, tu la dipanggil “Power Of Smile”. Orang mungkin
nampak kita hepi 24 jam, gelak memanjang, perangai gila2,tapi hakikatnya.
Selama
ni aku tak pernah pun gi ziarah kubur pagi2 raya. Pelik bila aku tengok orang
dok nangis pagi2 raya kat kubur sedangkan sepatutnya hari raya adalah hari
kemenangan kita semua umat Islam selepas sebulan berpuasa. Harusla hepi2 kan.
Tapi,Allah Maha Adil. Bila kena kat diri sendiri,baru aku faham apa yang mereka
rasa dan saat tu, hanya air mata saja yang mampu mengiringi. Memang terasa sangat
kelainan apabila salah seorang daripada ahli keluarga telah pergi meninggalkan
kita buat selamanya.
Tapi,
kami redha dengan ketentuan yang Maha Esa. Ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan.
Tiba masanya kita semua akan pergi jua menghadap-Nya samada cepat ataupun
lambat. Aku kena kuat. Kalau aku sendiri pun lemah, bayangkan pula adik2.
Mereka tak sempat pun nak bermanja2 dengan arwah abah berbanding aku dengan
kakak2.
Syerah + Aizat
Allah
lebih sayangkannnya kerana dari kami semua. Mudah-mudahan Allah menempatkan
arwah abah di sisi orang-orang yang beriman dan diperluaskan tempatnya.
Buat
kawan-kawan semua yang telah membaca coretan ini, ketahuilah sesungguhnya
kehilangan orang yang tersayang itu adalah antara musibah yang terlalu berat
untuk digalas. Lebih-lebih lagi jika kejadian itu berlaku pada hari-hari yang
bermakna dalam hidup kita, macam pemergian arwah abah 2 hari selepas kenduri
kawen Kak Long.
Jika ada persengketaan sesama insan, segeralah
bermaaf-maafan kerana belum tentu kita akan sempat untuk bermaaf-maafan jika
esok adalah hari terakhir kita di dunia ini. Sesungguhnya kenangan bersama
insan yang telah meninggalkan kita buat selamanya amat sukar dilupakan malah
kenangan itu akan terus subur di ingatan sehingga membuatkan kita mengalirkan
air mata yang berpanjangan.
Sekian, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Ingat, selagi ada peluang untuk menyambut hari raya bersama ayah, ibu dan keluarga, sambutlah dengan penuh kesyukuran dan kenikmataan kerana kenikmatan itu mungkin yang terakhir buat kalian DAN janganlah biarkan airmata membasahi hari-hari kalian disebabkan rasa penyesalan yang menggunung tinggi. Sayangilah mereka kerana mereka juga takut kehilangan kita..
Sekian, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Ingat, selagi ada peluang untuk menyambut hari raya bersama ayah, ibu dan keluarga, sambutlah dengan penuh kesyukuran dan kenikmataan kerana kenikmatan itu mungkin yang terakhir buat kalian DAN janganlah biarkan airmata membasahi hari-hari kalian disebabkan rasa penyesalan yang menggunung tinggi. Sayangilah mereka kerana mereka juga takut kehilangan kita..
Syerah + Kak Ngah + Aku + Kak Long
** Alfatihah buat ayahnda tercinta Allahyarham Yusoff bin Ismail, 25 Mac 2013.. **
6 comments:
tak salah kalau kita nak mencintai manusia sama ada keluarga mahupun kawan2...
tapi cintailah Allah lebih dari segalanya...takziah kak mi...saya tak sangka arwah ayah kak mi meninggal waktu hari jadi saya...huhu
tapi itulah takdir...
kita tak tahu bila, dimana dan bagaimana kita akan dijemput ilahi...
sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati...tapi ALLAH akan sentiasa kekal abadi...selamat hari raya kak mi...maaf zahir dan batin..
ZULAIHA : insyaAllah dek..akak tahu,dalam apa jua keadaan,cinta Allah perlu diutamakan.. =) mekaseh atas peringatan..jkkk..Selamat hari raya jugak dan mohon maaf tuk segalanya.. Jumpa sem depan.. :)
Mie, i love you! Stay tabah alright?
Selamat Hari Raya!
Maaf zahir batin slh silap selama ni.
See you soon. InsyaAllah :')
-Mir
MIRA : Love you too,dear! =) insyaAllah,I will..
Selamat Hari Raya jugak mir..maaf zahir batin..sayang mir!
kuatkan semangat.. bykkan berdoa..
btw, selamat hari raya :)
FA : insyaAllah..btw,thanxx dear.. :)
Post a Comment