Tuesday, 11 September 2012

Semoga Allah permudahkan segalanya.. =)

Assalamualaikum..

Ok. Aku sendiri tak sure berapa kurun dah aku tak update. Malas. Ngeee.. =P Yela. Hari tu sibuk dengan preparation nak raya , lepas tu sibuk dengan urusan2 nak masuk U pulak. So, memang tak sempat la kan? ** ( deret buat ayat cam busy gile je..haha ) ** By the way, hari raya tahun ni sama jugak macam yang lepas2, MERIAH cuma bezanya,tahun ni kak Ngah aku dah dirisik orang, which means, lepas je kak Long aku kahwin next year,dia terus bertunang. And for sure, kak Ngah aku sendiri pun terkejut. Waaaaa, JELES! JELES! (>_<)

Untunglaaaa..
Ok. Kakak n adek yang sama2 poyo. haha
We're RED WARRIOR ! =D

Ok. Sekadar selingan . Alhamdulilah , hari ni dah genap seminggu aku kat USIM. 


So,antara soalan yang kerap aku dapat, best tak kat sana? Busy tak? Bilik besar tak? Semua orang memang cakap Arab ek kat sana? Err..relax la. Ce tanya satu2. Takde la pening aku nak jawab. Huhu.So far, alhamdulilah. Everything doing fine. =) Aku pun masih dalam proses menyesuaikan diri kat sini. Bilik tu memang agak sempit la, tapi tak kisah sangat pun. Bersyukur. Sepatutnya, satu bilik 4 orang tapi bilik aku special. Ada 3 orang je. Aku dan dua orang adik kat bawah ni. Dua2 orang panggil aku KAK MIMI sebabnya diorang baru 19. Lepasan matrik. So,ni la masanya aku nak feeling2 matang. Hahaha..

Amni + Nina (^_~)
Hari pertama masuk kuliah agak nervous la. Yela,da 9 bulan kot tak study, otak pun da berkarat. Huhu. So,kuliah first tu, kelas Al-Madkhal Ila Syariah or erti kata lain, subjek Syariah. Cuma bezanya,100% arab. Semput jugak la aku masa mula2 tu bila ustazah terangkan apa je yang kena belajar sepanjang sem ni. Waaaa,semua dalam arab kot. (T_T) 

Ok, Nak dijadikan cerita , masa ustazah tu nak lantik ketua kelas or class representative ( kat sini panggil Rais & Raisah ) , ada la seorang budak perempuan ni angkat tangan dan cakap, saya cadangkan KAK MIMI jadi raisah. HAH?? Kak mimi? jap,aku ke? 


Terkejut beruk kot aku time tu. * jap, terkejut beruk tu just istilah je,ok? bukan bermaksud muka aku macam beruk time tu. Harap maklum .hehe.. =P * Takda la, aku dah la tak kenal pun budak yang cadangkan tu plus aku ni baru je kot masuk sini . Kuliah pertama pulak tu. Kebanyakannya budak kelas aku pulak budak2 tamhidi kat USIM dulu or lebih kurang asasi la. So,diorang memang dah tau selok belok kat USIM ni.

Dan yang buat aku pelik, semua orang setuju pulak tu. So,automatically aku dilantik jadi Raisah dalam kelas tu dan Rais pulak dari kalangan budak2 tamhidi dulu. Takpe mimi, mesti ada hikmah. =) 

So,sejak tu semua orang panggil aku dengan panggilan KAK MIMI even yang sebaya or lagi tua dari aku. Tapi, yang agak tak boleh blah, budak2 laki pun panggil aku kak mimi. Adoiii. Tapi,tak kesah la. Asalkan adik2 semua bahagia ye. Haha.
 

So,sekarang ni kalau ada orang yang tegur aku, aku akan tegur balik sebaik mungkin even sebenarnya aku tak ingat nama sorang2 pun. hehe. 80 orang kot. Mana la aku nak ingat dalam masa sehari.

Tapi, serius aku bersyukur sangat dapat kengkawan yang ohsem. So,best! (^_^)

Jannah. Dia kekuatan saya. =)


Nadhirah ( original Muar ) =D


(^_^)
Ukhuwwah fillah. InsyaAllah.
Lepak sambil study..jum! =)
Hari petama. Kafe tutop, so megi pun megi la. BESYUKO.. =)

Apapun aku harap sepanjang 5 tahun aku kat sini nanti, moga REDHA dan TAKWA menjadi peneman diri sebab aku yakin hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Doakan ek! :)


** Baru dirisik oleh kakak senior untuk join SPMM .. (sekretariat pendakwah muda malaysia).. Orang cakap macam MPP. Tapi, tah. Akan difikirkan ye kak. =

3 comments:

ATIQAH SAHMAH said...

Salam mimi. Alhamdulillah, mimi dah sihat skang. :) Mimi, Nadhirah tu kawan kite mase kat Maahad. Kirim salam sama die okeh. All the best Mimi! :)

john skana said...

im red worrior 2.. =D

mimie perla ~ said...

wsalam..Tiqah!! (^_^) alhamdulilah,mimi sehat je..yeke? so,kenal la ek nad tu? InsyaAllah..Tikah pon..gudluck ek..da bejaya nnt,jgn lupakan mimi taw.. :)

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥