Friday 27 January 2012

Kenapa laki suka poligami?? (-_-)




Ok guys..straight to the point..Jujur aku cakap,susah nak jumpa perempuan yang sanggup nak share suami dia dengan orang lain..Kalau ada pun tak ramai..Senang cakap,POLIGAMI la..Eh,jangan cakap aku gatal lak bila tulis pasal benda ni..huhu..Bukan apa, aku sendiri pun pelik setiap kali dengar rancangan Sinarpagi kat radio, nilah topik yang selalu sangat dijadikan bahan lawak setiap pagi.Aku pun musykil kenapa la orang2 laki suka sangat borak pasal benda ni? Walaupun aku muda lagi,** err,takda la muda sangat pun..huuuu**,tapi tak salah kan cakap pasal benda ni?? Hidup mau maju ke hadapan..haha..

SALLEH YAACOB



4 orang kot..KAU MAMPU??  =P

 Ok,back to the topic..Memang la poligami ni sunnah Nabi,tapi yang aku peliknya..dalam banyak2 sunnah Nabi kan,kenapa sunnah yang kahwin banyak ni ja yang orang laki suka pegang ek? Sunnah Nabi macam makan dengan 3 jari dan jilat jari lepas habis makan, potong kuku hari isnin, khamis dan jumaat, puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis..Semua ni antara sunnah2 Nabi yang simple2 je dan InsyaAllah kita semua mampu ikut..Jangan bila bab poligami je korang laju...huhu..



Terus terang cakap, aku sendiri pun kurang berminat cakap pasal poligami ni tapi dah selalu sangat dengar kawan2 asyik cakap pasal topik ni, terdetik hati perempuan aku nak buat satu entry pasal benda ni.. =) Aku tak cakap aku benci poligami, jauh sekali nak menolak hukum Islam, cuma aku sekadar ingin berkongsi pandangan aku pasal topik ni..Tak salah,kan? 

Tak perlu kot sampai macam ni sekali..



Apapun pernilaian kita, ingat..yang halal adalah halal dan yang haram tetap haram dan pada setiap yang ditentukan Allah itu pasti ada hikmahnya...Nikmat yang dirasai oleh lelaki itu, sebagaimana juga nikmat2 dunia yang lain hanyalah untuk  sementara dan keperitan hidup bermadu juga untuk sementara. Yang kekal hanyalah kehidupan di akhirat dengan kebahagian yang dijanjikan untuk mereka yang bertaqwa.. Jangan berpoligami atas dasar nafsu semata-mata..ok? (^_^)




Sunday 22 January 2012

SAYANGLAH dengan apa yang kita ada.. (^_^)

  Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang   mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.



Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.




Saturday 21 January 2012

:: Percubaan pertama ::

Well, I don’t really know how to describe myself.. But, I’ll give it a shot..(^_^)

First and foremost, I’m mimie..and some just call me “mie”..
 - I just an ordinary girl and NOTHING to be proud..

 
- I don’t socialize much as I rather spend my time alone in my room

- Always hides my true feelings but I’m too honest sometimes

- Love being GIRLY and love pink sooo much..PROBLEMS?? =P





                                                                KAU HADE??  =P



- I cry  and eat a lot.. errr..* HIDUP UNTUK MAKAN* huhu..

- I used to be called “SKEMA” by my friends but who cares?? Haha..

- Love to make new  friends


Hurm, not all people can understand the way I am. Some people hate me while others LOVE me..   But, I love the way I don’t pretend to be someone..You guys can say anything about me, as u please..but I am what I am and that’s something that you can never be.. =)
But,the most important is, I really love to TALK.. Seriously, I can go on talking, talking ,talking and talking
and nothing can stop me from doing it.. ngeee.. =P



errr..jap2..ngada betul dok speaking2 omputih bagai..tapi,sekali skala takpe kot..huhu..=P  Neway,blog ni sekadar suka-suka je tau..tak pandai sangat nak buat2 ayat ni sebab masih lagi dalam proses belajar..tapi,minat punya pasal, REDAH jela..



So,ini dikira first entry aku..Lepas ni,korang semua dialu-alukan untuk melawat blog yang tak seberapa ini.. =) Need your support,guys!

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥