Assalamualaikum.
Kita manusia ni selalu lupa. Selalu
lalai. Kena selalu diingatkan. Termasuklah aku. Ecewah, permulaan ayat saja
sudah begitu serius. Ini bukan blogserius ye, ini cumalah ruangan mencurahkan
isi hati. Well orang kata, menulis blog itu adalah sejenis medium untuk
mengekspresi diri. Bagi aku, separuh betul-separuh salah. Bagi
yang bertanya bagaimana dengan final exam baru2 ni, terima kasih sebab ambil berat pasal study
aku. Sweet angat! Huhu.Alhamdulillah, setakat ini boleh lagi la cuma paper fiqh
munakahat susah gila kot. Dah la dalam bahasa Arab. Kalau la paper tu dijadikan
syarat untuk lulus kursus kawen.perghh,memang tak kawen aku la rasanya. -_-‘
Dari dulu lagi aku dok rancang yang aku
akan update entry tentang produk2 yang
aku guna dan jual. Tapi sampai lani habuk pon takdak. Memandangkan aku tengah
cuti sem ni, ada baiknya share kat sini,ye dok? Bukan apa, aku selalu rasa yang
aku akan ingat segala apa yang aku nak update nanti, namun indah khabar dari
rupa. Apa pon tak boleh. Masa aku nak tulis entry ni pon aku dok mengagau
memikirkan apa benda yang sebenarnya aku nak tulis...apa nama produk2 yang aku
nak share. Ish ish.
Sebelum tu harus diingatkan ye, tujuan
entry ni dibuat bukanlah untuk feeling2 retis,konon2 nak buat review produk2 yang
mahal2,tak ek. TAK SAMA SEKALI. I olls
bukannya neelofa mahupun emma maembong yang orang nak amek tawu tempek apa kat
muka, cuci muka bape kali sehari, ubat gigi jenama apa. Well,niat aku cuma nak
share pape yang aku tawu especially untuk orang2 perempuan demi kemaslahatan
kita bersama. Giteww.
Start dari Kak Long sampai la Aizat,
kami semua boleh dikatakan mempunyai masalah kulit muka berminyak dan
berjerawat. Dah macam2 produk dah guna, tapi takda perubahan sangat pun. Jadi
lagi teruk ada la. Tapi,yang paling kritikal masa sekolah menengah la. Fuhhh.
Lepas satu,satu jerawat yang tumpang berteduh kat muka ni. Kalau orang selalu
cakap ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,yang ni lain. Tak payah tunggu lepas
hujan pun dia tumbuh. Masa tu,rasa tak konfiden jugak la nak berhadapan dengan
masyarakat. Huhu.
Omeyy ngat aihh. T_T |
Aku ni nak kata rajin sangat nak jaga muka,tak la jugak. Takde pon sampai melawat ke spa untuk buat facial bagai. Cuma,seminggu sekali atau dua kali, pakai la jugak scrubs,mask semua tu. Konon-konon macam intensive treatment lah kan. Sebab sedar diri ini masih student, so kena la ukur baju kat badan sendiri. Tak payahlah dok ikot-ikot mak datins nak kerap2 pergi facial bagai. Mak datins laki they olls datuk. I olls?* krik krik~~
Shiseido Mask ~ Thanks la syeyu ye jadi model. |
Errr, banyak jugak rupanya. Dah macam dok main tukaq2 baju pulak. Huhu. Tapi,bukan saja2 dok tukaq2 produk ni, dah tak sesuai dengan kulit muka. So,terpaksa la. Beli mahal2 pastu bila rasa macam tak serasi dengan kulit,aku sedekahkan jela kat orang. Buang kang,lagi membazir. Kadang2 bukannya tak buat research dulu sebelum beli,tapi entahla. Tengok orang lain guna,ok ja. Mungkin kulit ni ngengade sangat kot. Beli produk murah takmau. Beli yang mahal cket pun tak jalan. Melampau nau. >_<
Namun,
NOUR AIN telah mengubah segalanya. Dia telah berjaya mengembalikan semangat aku untuk meneruskan kehidupan ini. **Mood gediks**
Alhamdulilah,akhirnya baru la aku jumpa produk yang betul2 sesuai. So far guna,
memang best sebab takde menggelupas2 semua, muka pun dah tak berminyak sangat
compare dengan dulu. Dulu,minyak kat muka ni siap boleh goreng
nugget,okay?
Nour
Ain Beauty Care adalah produk barangan kosmetik dan penjagaan kulit
keluaran ELSUHAZ (M) Sdn. Bhd yang mana dimiliki
sepenuhnya oleh Bumiputera. Pejabat depa kat Sungai Petani ja.
Nour Ain Beauty Care
ELSUHAZ (M) SDN
BHD.(co.no. 938136-U)
No: 58,59&60
(Plot 16,17&18), Bangunan Pejabat Nour Ain,
Jalan Seri Jenaris
1,
Taman Seri Jenaris,
Tikam Batu, 08000
Sungai Petani,Kedah
D.A.
*Gigih kan aku siap bagi alamat. HAHA
Harga pun not bad, tak mahal sangat n tak murah sangat. Mampu milik la especially untuk student.
Bila
aku dah rasa yakin dengan Nour Ain ni, apa lagi beriya-iya tau aku berdrama
ajak kaum kerabat semua guna jugak, berhempas pulas la jugak nak yakinkan mula2 tu, nasib
baik tak putus hubungan kekeluargaan.
Well,dah
nama pun mimieperla, haruslaaa teror dalam pujuk memujuk ni. Akhirnya,
Mak, kak Ngah, Syerah n even adik laki aku sorang tu pun guna,okayy? Ni kalau
company Nour Ain ni tak pilih aku jadi duta depa pasni,memang la. -_-'
Alhamdulilah. Bila family semua dah guna, semua bagi
feed back yang positif, baru aku berani jadi pengedar dan promote kat page sendiri. Yela,sebelum
jual,ada eloknya kita sendiri try dulu. Baru yakin cket nak promote.
Okay,dah2. Kalau aku teruskan
jugak,macam2 lagi aku citer. Huhu. Okay guys,maap kalau terover ke,hape ke.
Sekadar berkongsi.
Feel free to visit my fb page, Mimie's Business Corner :
Feel free to visit my fb page, Mimie's Business Corner :
Sebarang pertanyaan,consultation,urusan jual beli boleh dilakukan melalui Fb page tu ek. See ya. :)