Wednesday, 5 August 2015

Ceritera Cinta Najiha Hafizie

Assalamualaikum.


Heyo people do you miss me? Well today I'm gonna take you guys on a tour! We are going to ride on the time machine and travel back through time to 21 March 2015!  Are you guys excited? Heeee. =P


Okay, macam semua sedia maklum, ini adalah kenduri kahwin yang kedua dalam sejarah keluarga kami. First time dulu masa kenduri Kak Long,23 Mac 2013. So,untuk kenduri ini, 100% tenaga mak telah dicurah kan manakala aku hanya mencurahkan 30% tenaga sahaja. Kenapa? Sebab aku ada kat Nilai masa ni,sibuk dengan kuliah,esaimen,test n agak susah kalau nak balik rumah time tu, so banyak bagi pendapat pon on the phone je. Aku hanya mampu tolong dari segi pemilihan photographer,videographer,kaler tema n jadi pengkritik tegar kak Ngah dalam pemilihan baju2 untuk wedding dia tu. Okaylah jugak kan, daripada tak buat pape.huhu

Dua hari sebelum akad nikah, baru aku sampai rumah. Itupun lewat, pukul 6 petang macam tu. Sempat jugalah aku merasa untuk 'merewang' sekejap walaupun masa tu kebanyakan kerja dah hampir siap hasil kegigihan Syeyuu n Aizat. Sejuk hati kakak2 dapat hadek2 yang rajin cenggini.Terima kasih tau! Heee.







Terus terang, aku tak minat / tak reti sangat bab-bab deco hantaran orang kahwin ni. So boleh kata 99.99% adalah idea dan keputusan mak. Kesian omak den, tokoja-koja dok settlekan hal kenduri + hantaran kak Ngah ni. Tapi memang puas hati tengok hasilnya,alhamdulilah. Kenduri kami ni pon simple saja, buat satu majlis, jemputan dalam 1000 orang je lebih kurang, sekadar meraikan pengantin baru,sanak sedara n sahabat handai.. :)














Bunga tangan ni pun,mak yang gubah. Dari baju tunang,baju nikah, baju sedondon kami satu family pun semua mak yang jahit. Even masa kenduri kak Long dulu pun,semua hasil tangan mak. Amacam,hebat kan mak titeww? Haha. 


Bunga-bunga ni kebanyakannya beli kat kedai A to Z & Nilai 3 je. So,tak sia-sialah jugaklah aku sambung study kat Nilai kann. Tibah. :P

Okay,bab-bab mengada ni bagi kat aku hehe. Family dan orang kuat majlis semua pakai badge ini masa hari majlis. Suka sangat dengan design ini. Badge ini dah tak ingat tempah kat mana tapi siap boleh custom made mengikut warna dan design yang kita suka,tu yang best. =)



Untuk hiasan meja candy buffet,photobooth semua tu pulak,kak Ngah mintak tolong kawan dia je,Kak Nad. Simple,but nice! Harga pun not bad,berbaloi la senang cakap.

Korang boleh ushar2 fb kak Nad ek nanti. =)
Disebabkan hanya satu majlis je,jadi masing2 dah setuju untuk buat kat Dewan LPPKN,Kepala Batas. Memang puas hati la dewan ni. Tak besaq sangat,tak kecik sangat,siap ber aircond lagi haaa. Nikmat apa lagi yang mahu kamu dustakan? :D


Jadi, untuk majlis kak Ngah ni, kami satu family memilih tema 'Peach' untuk baju sedondon n family belah keluarga lelaki pulak bertemakan ‘Magenta’.
  




Okay,taknak bebel panjang2. Biarlah gambar berbicara~~



20 MAC 2015, KUBANG SEMANG.



Bukan senang nak tengok abg pizi nervous teruk cenggini. HAHA





9 tahun berkawan dan akhirnya mereka disatukan. Alhamdulilah :)
Kalau abah masih ada, I'm sure he's gonna be sooo happy for u,Ngah.
Muka bahagia dapat mak mertua katanya.





** Disebabkan majlis akad nikah dijalankan kat rumah bukan kat masjid,maka ramailah yang berebut2 @ taknak berganjak sebab nak tengok pengantin lafaz akad depan mata masing2. So aku paham kesusahan kerisauan dan juga kegelisahan bebudak atas ni untuk dapatkan shot yang terbaik sepanjang hari tu. Kan kan? 


21 MAC 2015, DEWAN LPPKN KEPALA BATAS












Mereka patut besyuko dikurniakan adik2 yang baik seperti kami dua yg sanggup "mengepit" depa depanjang hari ~


Sejuk hati bila adik sendiri dapat bacakan doa untuk majlis kakak.. :)















Eh,tanpa heels pun mimi lagi tinggi la Ngah. Pe cer? HAHA





Titi Gantung Air Itam

Apa2 pun alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan kak Ngah n abg pizi. =) Terima kasih buat semua yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ni, untuk keluarga abg pizi, sepupu sepapat yang sudi jadi bridesmaid hari tu, untuk kengkawan usim,Mika & Arep (emcee), untuk Daus, Padil n Haziq yang turut diterbangkan jauh dari Nilai khas untuk merakamkan setiap detik manis sepanjang hari tersebut. Tak lupa jugak untuk team abam ZB photography yg sangat2 sporting,terima kasih sangat2. 

Hanya Allah saja yang mampu membalas semua jasa baik korang semua. Jazakumullahu khairan kathira. :)


Thanks Kak Ct & kengkawan..  :)
Hamek kau,main tarik sepupu sepapat sendiri je ni. Senang keja. =P
Member2 usim @ orang kuat majlis. Best keja ngan hampa semua! 


With Mika +  Arep, emcee paling letopsss abad ini. (n_n)
Kasi can la kat depa.. 
Anyway, terima kasih kepada semua yang sudi datang, minta maaf kalau ada yang terlepas pandang, terlupa nak jemput,tak sempat nak borak lama2 hari tu. Almaklumlah, kenduri kedua, masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Tunggu kenduri yang ke-3 pulak ye. Eh eh.


Yeayyyy, I'm next! Kbai

p/s : Congrats Ngah n abang pizi! Sekarang ni bila raya je, bertambah lagi seorang laki selain Aizat n Abg Long. hohoho



Nota kaki penulis~

Atas permintaan pasangan pengantin,deejay tak disediakan untuk majlis ni tetapi sebaliknya digantikan dengan kehadiran emcee. Bunyi macam formal je,tapi sebenarnya tak pun. Baru tahu lagi best rupanya ada emcee ni, Huhu. Buat kawan2 yang masih pening2 nak cari photographer ke,videographer ke untuk hari bahagia korang,serius iolls sangat2 sarankan korang untuk contact Firdaus/Fadhil (MoTIV Productions) atau ZB Photography ( Kedah,Penang,Pahang,Johor). Kalau nak lagi best, hamek je dua2 sekali. Puas hati sangat2 n takkan menyesal. (^_^) 

Berbuih2 mulut pengantin memuji kegigihan dan kesungguhan depa semua termasuklah pasangan emcee ni buat kerja. Serious talk.




Jadi,kat bawah ni,mimi dah link kan terus ke fb yg masing2. Just tekan ja kat nama depa tu ye. Moga bermanfaat!



Official photographer : - MoTIV Productions ( Firdaus / Fadhil )

                                  - ZB Photography ZB PHOTOGRAPHY )

Official videographer : MoTIV Productions

Make up by              : Astana Impian

Henna by                 : Amelia Henna

Pelamin by               : Putree Bridal (Bayan Lepas)

Photobooth & deco    : Nanad's Craft



Here's the official wedding video by MoTIV Productions. :)





#raikancinta
#najihahafizie
#kakNgahoffmarket
 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥