Tuesday 27 August 2013

Jadi cikgu memang tak kaya, tapi MULIA ..

Assalamualaikum

Hi korang, how are you? I’m doing fine.. as long as I'm home, I'm fine. Huuuu. Sebenarnya aku cuti dari bulan Julai lagi dan cuti pon dah nak berakhir. Kiranya tak lama lagi aku akan kembali ke USIM dan akan bergelar second year law student. Ohoiii aku sudah menjadi senior tahu. Sila berikan tunduk hormat jikalau terserempak dimana-mana. Haha..

Siblings aku semua perempuan kecuali yang last tu je lelaki . Korang pon tahu kan? Jadi kat rumah aku ni memang KURANG la cerita pasal Manchester United kalahkan Liverpool, K Rajagobal digesa letak jawatan dan takpon kenapa ramai perempuan lebih meminati zaquan adha berbanding kerul fahmi che mat? Memang tak la nak bergosip pasal topik2 cenggini.


Walaupun aku diterapkan dengan perangai kewanitaan terlampau, tapi dulu bila tengok baby ataupun budak kecik, aku siryes takde perasaan. Aku pon pelik jugak apa pasal orang pompuan kalau nampak baby, terus-terus je dia buat suara 'alolor omeynyeee dieee cayangnyeee anyonyo'. You know what I mean,right? Lepas tu, mesti dia nak gomol & dokong dak baby tu like there's no tomorrow. Tak cukup dengan itu, nanti dia dokong dak baby tu dan tunjuk kat sedara mara.. Maka sedara mara akan berkata..Wahhh anak siapa ni comel ni? Dah boleh kawin dah camni. Maka yang tengah dokong baby tu pon tersipu-sipu malu sebab orang dok puji yang dia dah boleh kawin sebab pandai dokong baby. 


Okay aku siryes tak suka keadaan ni. Aku rasa macam ia adalah satu helah untuk berlakon sweet dihadapan orang-orang tua. Yela,orang2 tua ni penangan dia kuat. Kalau dia suka kau, memang satu kampung dia canang yang anak sekian sekian sekian ni memang bagus..sudahlah lembut, hormat orang tua, baik paras rupa dan bla bla. Tapi, kalau dia tak suka kau, buroklah padahnya. (>_<)

Tapi itu dulu. Makin lama aku rasa aku makin ada sifat motherly. Sesuatu yang tiba-tiba datang. Maybe this is what we call Fitrah. Macam dulu aku tengok budak-budak aku tak rasa pape, but now when I see kids, hati aku jadi macam alololor comelnye budak ni. I want to kiss you! I want to hold you! 
Euwww..Sume tudung pink?? 
Entah kenapa aku boleh motherly cenggini. Mungkin petunjuk yang aku dah boleh kawen? Hehe. Dah2 mimi,jangan dok gatal. Study woi~


Oh ya, cuti sem kali ini aku penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik lagi berfaedah. Makan,minum dan mengajaq. Letscekidaut~








Tapi kan, siryes cakap jaga budak2 ni bukanlah perkara yang mudah. Betul2 mencabar KESABARAN, KESOPANAN dan KEAYUAN aku sebagai seorang perempuan. Bagi patah flush toilet, baling sikat kat luar tingkap, conteng lantai, kencing dalam kelas dan banyak lagi la. Tapi, nak buat macam mana. Budak2 kan? =)


Namun begitu,mereka mempunyai kepakaran dalam membodek sesiapa sahaja cuma sometimes terlalu jujur.

# Ustazah mimi..ustazah ni cantik la.

**Perghhhhh..blushing baq hang. control mimi control.**

# ohh ye..mekaseh. :) cantik macam sape?

# erm..macam..macam KUCING! (^_^)

Jatuh kerusi.

Errr. sampai hati samakan aku dengan kucing?? Dah la konfiden je jawab. Waaaaaa.. Nasib baik baru 5 tahun, so dimaafkan.


Tapi apapun, terima kasih yang PALING KASIH sekali aku ucapkan kepada bos aku yang sudi menerima aku kerja kat sini bila2 masa sekalipun, Kak Ila, Kak Tiha dan jugak Kak Dila. Rasa macam nak bagi BR1MKDMP ( Bantuan Rakyat 1 Malaysia Khas Dari Mimie Perla) kat semua sekali sebagai tanda penghargaan. Huhu. Apapon,thanks for everything guys. Semoga kita sama-sama berjaya menjadi manusia yang berguna. 

To all my lovely students, jangan nakal2 yek. Wish me luck.  LOVE YOU! :)

Monday 12 August 2013

Belajar tabah dari sebuah kehilangan..



Assalamualaikum.


Setiap orang pasti pernah melalui saat sukar dalam hidup masing2. Saat tak tertanggung rasa, bebanan yang memberat di dada, pasti tangisan yang menjadi peneman. Cuba mengubati hati sendiri dengan melepaskan apa yang terbuku melalui airmata.

Menangislah kerana hanya DIA yang lebih memahami dan tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Betul cakap orang, letting go people we LOVE has never been easy. Hari ni hampir 5 bulan pemergian arwah abah dan terus terang cakap raya kali ni tak bawa apa-apa makna pun buat aku dan keluarga. Persediaan raya boleh dikatakan nak tak nak je. Rumah pun tak berkemas sangat. Entah, masing2 takda mood.. (T_T)

Kawan-kawan selalu cakap aku nampak kuat, sentiasa tersenyum. Senang cakap, susah nak nampak sedih la. Well guys, tu la dipanggil “Power Of Smile”. Orang mungkin nampak kita hepi 24 jam, gelak memanjang, perangai gila2,tapi hakikatnya.

Selama ni aku tak pernah pun gi ziarah kubur pagi2 raya. Pelik bila aku tengok orang dok nangis pagi2 raya kat kubur sedangkan sepatutnya hari raya adalah hari kemenangan kita semua umat Islam selepas sebulan berpuasa. Harusla hepi2 kan. Tapi,Allah Maha Adil. Bila kena kat diri sendiri,baru aku faham apa yang mereka rasa dan saat tu, hanya air mata saja yang mampu mengiringi. Memang terasa sangat kelainan apabila salah seorang daripada ahli keluarga telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.

Tapi, kami redha dengan ketentuan yang Maha Esa. Ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan. Tiba masanya kita semua akan pergi jua menghadap-Nya samada cepat ataupun lambat. Aku kena kuat. Kalau aku sendiri pun lemah, bayangkan pula adik2. Mereka tak sempat pun nak bermanja2 dengan arwah abah berbanding aku dengan kakak2.

Syerah + Aizat

Allah lebih sayangkannnya kerana dari kami semua. Mudah-mudahan Allah menempatkan arwah abah di sisi orang-orang yang beriman dan diperluaskan tempatnya.

Buat kawan-kawan semua yang telah membaca coretan ini, ketahuilah sesungguhnya kehilangan orang yang tersayang itu adalah antara musibah yang terlalu berat untuk digalas. Lebih-lebih lagi jika kejadian itu berlaku pada hari-hari yang bermakna dalam hidup kita, macam pemergian arwah abah 2 hari selepas kenduri kawen Kak Long.



Jika ada persengketaan sesama insan, segeralah bermaaf-maafan kerana belum tentu kita akan sempat untuk bermaaf-maafan jika esok adalah hari terakhir kita di dunia ini. Sesungguhnya kenangan bersama insan yang telah meninggalkan kita buat selamanya amat sukar dilupakan malah kenangan itu akan terus subur di ingatan sehingga membuatkan kita mengalirkan air mata yang berpanjangan.

Sekian, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Ingat, selagi ada peluang untuk menyambut hari raya bersama ayah, ibu dan keluarga, sambutlah dengan penuh kesyukuran dan kenikmataan kerana kenikmatan itu mungkin yang terakhir buat kalian DAN janganlah biarkan airmata membasahi hari-hari kalian disebabkan rasa penyesalan yang menggunung tinggi. Sayangilah mereka kerana mereka juga takut kehilangan kita.. 




Syerah + Kak Ngah + Aku + Kak Long




** Alfatihah buat ayahnda tercinta Allahyarham Yusoff bin Ismail, 25 Mac 2013.. **

 
Designed by ♥ www.myravea.com ♥